Pekerja asing kantoi mandi, cuci baju guna tangki air singki atas bangunan

Tular baru-baru ini menunjukkan pekerja asing begitu leka apabila kantoi mandi dengan menggunakan air di tangki simpanan atas bangunan.

Pekerja asing itu bukan setakat mandi bahkan menggunakan air tangki untuk mencuci pakaian mereka di percayai daripada warga Bangladesh telah dikesan di USJ 21, Subang Jaya, baru-baru ini.

Video berdurasi 19 saat yang dikongsi secara meluas di media sosial, menunjukkan tiga lelaki yang dipercayai bekerja dan tinggal berdekatan bangunan itu.

Malangnya perbuatan mereka itu telah dirakam tanpa disedari mereka telah menggunakan sabun dengan air bilasan dipercayai masuk semula ke dalam tangki berkenaan.

Perbuatan itu mendapat reaksi ramai warganet yang disifatkan melampau dan perlu diambil tindakan, bimbang ia berulang lagi.

Selain daripada mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab itu, warganet juga menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

Seorang pengguna platform TikTok, MrCpnfyn menggesa individu yang merakam video itu untuk membuat laporan polis.

“Sila laporkan kepada pihak berkuasa. Apa akan yang berlaku jika ada bekalan air terputus,” tulisannya.

Sementara itu, pengguna MaslaysiaBoleh mengeluh bahawa pekerja itu terlalu ramai yang mandi di situ.

Selain itu, NadtrahIbrahim berkata, video itu sudah dirakamkan agak lama, tetapi masih belum ada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa.

Perkara sama turut dipersetujui warganet, arincjunk yang mempersoalkan mengapa tangki air itu tidak dikunci untuk mengelakkan perbuatan berkenaan terjadi lagi.

Baca juga: “Tak perlu ada anak di usia lanjut” -Sabri dan Angeline Tan berkahwin hanya untuk berteman