Pekerja di pejabat berasa ‘kurang berhubung’ berbanding mereka yang bekerja dari rumah

Pekerja di pejabat berasa ‘kurang berhubung’ berbanding mereka yang bekerja dari rumah. Hanya satu daripada enam orang berasa sangat berhubung di tempat kerja, dan pekerja di pejabat yang paling kurang berhubung.

Ketua Pegawai Eksekutif mahukan pekerja untk kembali ke pejabat untuk mendapatkan keserasian semasa bekerja, namun itu tidak berlaku seperti yang diharapkan.

Menurut Bloomberg, 42% pekerja di pejabat mengatakan mereka merasa terputus hubungan, berbanding 22% pekerja yang bekerja dari rumah sepenuhnya. Sebahagian daripada sebabnya ialah mereka berasa diabaikan oleh pengurusan kanan.

Kajian itu, yang dijalankan oleh firma perunding Accenture, meninjau 1,100 eksekutif peringkat C dan 5,000 pekerja merentas tahap kemahiran di seluruh dunia.

Ia juga mendapati bahawa perasaan terputus hubungan dalam kalangan pekerja boleh memberi kesan negatif terhadap produktiviti dan pengekalan.

Data menunjukkan bahawa syarikat yang mempunyai pekerja yang ada keserasian boleh memperoleh tambahan 7.4% dalam pertumbuhan hasil setiap tahun.

Ketua Pegawai Kepimpinan dan Sumber Manusia, Ellyn Shook berpendapat pemimpin tertinggi perlu tahu keserasian antara pekerja amat penting dalam strukur organisasi syarikat

“Jika seorang pemimpin perniagaan berpendapat ini tidak memberi kesan kepada organisasi mereka, mereka silap.

“Ramai eksekutif sangat melebihkan perasaan pekerja mereka yang berkaitan,” kata Shook.

Namun ada sesetengah yang membantah bekerja daripada rumah kerana mereka tidak dapat memantau sama ada pekerja tersebut melakukan kerja mereka atau hanya sekadar curi tulang.

Kalau pekerjaan itu boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja, tidak perlu wajibkan pekerja untuk masuk ke pejabat, wang dan masa dihabiskan di atas jalan raya dan akhirnya waktu produktif untuk diri hilang begitu sahaja.

Baca Juga: 10 Perkara tentang lelaki setiap wanita WAJIB tahu

Baca Juga: Buat keputusan segera sama ada harga siling ayam akan diteruskan atau tidak