Kilang kitar semula di daerah Si Racha, Chonburi, Thailand, menjadi tempat penemuan dua kaki manusia yang reput setelah dihantar dari Amerika Syarikat (AS).
Dua kaki tersebut ditemui dalam penghantaran kertas kadbod kitar semula.
Balai Polis Si Racha telah diberitahu mengenai penemuan yang mengejutkan itu pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan semalam.
Anggota polis turut melakukan pemeriksaan terhadap kedua-dua kaki manusia tersebut, dan salah satunya masih memakai kasut sniker hitam.
Pekerja kilang kitar semula tersebut dikatakan sedang sibuk menyusun kertas lalu menjumpai sepasang kaki manusia itu.
“Kedua kaki tersebut telah dihantar ke Institut Sains Forensik di Hospital Polis untuk menjalani pemeriksaan lanjut.”