Semua orang di dalam dunia ini sukakan duit. Agak jarang kita jumpa manusia jujur yang mahu pulangkan kembali wang yang lebih-lebih lagi jika terjumpa duit dalam nilai yang agak banyak. Memang boleh menguji keimanan.
Semalam telah tular perkongsian di Facebook akaun sebuah pasaraya yang menceritakan seorang pekerja mereka yang bernama Ram Akawal Mandal telah menjumpai sebuah beg yang mengandungi wang tunai sebanyak RM18,000 dan dokumen peribadi lain di dalam troli open parking.
Beg itu dipercayai telah tercicir oleh pelanggan. Ram terus bertindak menyerahkan beg tersebut di kaunter khidmat pelanggan. Selepas itu, seorang wanita telah datang menuntut beg tersebut dan memeriksa wangnya tidak berkurangan dalam beg tersebut.
Pelanggan tersebut sangat berterima kasih kepadanya dan meminta agar syarikat memberikan penghargaan kepada Ram. Susulan kejadian itu, Ram telah dijemput untuk makan tengah hari bersama bos dan diberi saguhati oleh pihak pasaraya.
Semoga sikap telus dan jujur Ram itu dapat dijadikan contoh tauladan buat kita semua agar tidak sewenangnya menggunakan barang bukan kepunyaan sendiri.
Baca juga: Ramai tak tahu 10 cara ni boleh elak daripada khinzir serang tanaman