Pelacuran perlu sebab Malaysia ada 3 juta pendatang asing- “Silap-silap bini, anak dara kita pun…”

Rosyam Nor hari ini menarik perhatian umum apabila beliau berpendapat pelacuran perlu memandangkan Malaysia kini sudah ada 3 juta pendatang asing.

Pelakon otai memberi pendapat bahawa rumah pelacuran adalah keperluan untuk ‘melepaskan nafsu’ para pekerja asing di Malaysia.

Memandangkan terdapat lebih kurang 3 juta pendatang asing datang bekerja di negara ini dan rata-ratanya kaum lelaki.

@suhanchannelofficial

Rumah pelacuran ni perlu?! 😱 EP 1 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 3] – PART 2 Full video di Youtube Suhan Channel & Usanita.🙌 #podcast #podcasthitamputihkehidupan #suhanchannel #rosyamnor #usanita

♬ original sound – Podcast Hitam Putih Kehidupan – Podcast Hitam Putih Kehidupan

Menerusi satu podcast bertajuk Hitam Putih Kehidupan di Tiktok, Rosyam Nor melahirkan rasa bimbang terhadap pendatang asing di negara ini.

“Bini semua tinggal ni, namanya pun lelaki, kalau dia tak ‘keluarkan’, dia nak tonjol kat mana? dia tengok anak bini kita, anak dara kita, silap-silap dia rogol,” kata beliau.

Bila ada rumah pelacuran, mereka sekurangnya pergi ‘bayar’ (melanggan pelacur) di sana. Tapi ini pendapat peribadi saya, mungkin saya salah, mungkin saya betul.

Kalau korang tengok ruangan komen, ada yang bersetuju dengan pendapat pelakon itu dan ada juga yang tidak.

Bukan tu jer, ada juga segelintir netizen yang menganggap pendapat Rosyam sebagai jauh menyimpang selain mempersoalkan tentang di mana pusat pelacuran sepatutnya dibuka di Malaysia.

Baca juga: Jackpot! Duit syiling Britain akan dilelong dengan harga lebih RM5.8 juta