Pelajar diploma ini menakut-nakutkan student baru dengan MDS-‘Habislah korang dik’

MDS itu apa? Minggu Dera Siswa. Seorang pelajar diploma dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) bercerita tentang MDS sehingga pelajar-pelajar junior akan didera sepanjang minggu orientasi.

Pelajar berkenaan mengguna akaun TikTok anassmily mula menakut-nakutkan student UiTM dengan bermacam-macam kaedah atau cara yang akan digunakan untuk pelajar baru.

Melalui video yang dikongsi itu, beliau pada awalnya adalah menjawab pertanyaan netizen “MDS ni macam mana sebenarnya aku takut betulah” kemudian Anas berkata sambil gelak-gelak seolah-olah menakutkan pelajar baru.

“Habislah korang, dia akan dera pelajar-pelajar junior, korang akan homesick, korang nak balik, korang duduk situ seminggu korang kena menyesalah.

“Nasiblah korang aku dah lepas dah, masa tu senior-senior dera korang, masa tu nak dengar lagu UiTM, siaplah google je,” kata Anas sambil menyanyi dan gelak sakan.

Bukan itu sahaja para mahasiswa baru juga tidak sempat untuk menjamah makanan bahkan terkejar-kejar baru sahaja hendak menyuap dah dipanggil senior.

“Bab makan baru je nak suap, terus berkejar tak sempah dik.

“Dalam sehari korang tidur dua tiga jam je, sampai ke subuh esoknya korang akan pakai baju yang sama haa… berkicap mai.

“Ha satu lagi bab solat tu korang yang tak reti solat baik siap-siap solatlah, kena buat ujian solat habislah korang, terkongkar habis rahsia…aku tak tahu.

“Kalau korang tak hafal bab solat ni nanti korang akan dicop muka tak solat, aku tak tahu dik… baik korang hafal hal doa qunut, iftitah, tahiyyat akhir dan awal, haa aku tak tahu dik,”katanya lanjut.

@anassmily_

Replying to @namaybe enjoy adik-adik semua mds #unipurple #uitm

♬ original sound – Anassmily – Anassmily

Baca juga: Apa salah aku sebulan bagi RM8k, isteriku ‘gersang’ ada skandal dengan bos sendiri