Pelajar ‘intern’ tertekan kerja syarikat banyak drama, dalam ‘meeting’ siap boleh bergaduh adik-beradik

Latihan praktikal adalah antara salah satu kewajipan yang harus diselesaikan oleh pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Ia diwujudkan untuk menyiapkan mereka dalam menempuhi realiti alam pekerjaan yang bakal dijejaki.

Ketika fasa itu juga, para pelajar akan bekerja secara terus dengan syarikat tersebut malahan akan diserap masuk terus kepada posisi pekerjaan kekal.

Namun melalui satu hantaran di laman X, seorang pelajar mendedahkan dia berdepan pengalaman yang membebankan sewaktu menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat perniagaan milik sebuah keluarga.

Pelajar tersebut meluahkan perasaannya di laman X berikutan syarikat itu dilihat tidak sistematik dan juga dikawal selia oleh semua adik-beradik.

“Saya saksi semasa perbincangan tapi sebenarnya tengah bergaduh antara adik-beradik, yang jadi mangsa adalah pekerja.

“Perancangan mereka selalu lari, nak jaga kualiti tapi hanya mahukan hasil sahaja.

“Pendapat pekerja tak pernah nak ambil tahu,” jelas pelajar itu tentang apa yang terpaksa dihadapinya.

Dia turut diminta bekerja lebih masa untuk menyiapkan laporan malahan sering melihat pekerja lain yang merupakan anak majikan kuat mencuri tulang.

“Ada sahaja pekerja dah sakit-sakit badan masa bekerja tapi anak bos tidur dalam pejabat sambil letak kaki di atas meja.

“Sedangkan dia juga sama level dengan operator lain, cuma statusnya adalah anak bos,” luah pelajar itu.

Baca juga: Kembali tular! Rupanya 10 tahun lepas Wardina dah tegur Ustaz Don