Pelajar Malaysia memang kreatif! Guna saterika masak mee segera

Kehidupan bergelar pelajar adalah satu pengalaman manis yang sukar untuk kita lupakan. Banyak kenangan yang kita cipta terutama apabila duduk di kolej atau asrama.

Semalam tular video dari seorang pelajar yang dipercayai menuntut di Universiti Islam Antarabangsa menunjukkan bagaimana dia memasak mi segera dengan cara yang tak terjangkau di akal iaitu menggunakan seterika.

Siapa sangka seterika yang biasa digunakan untuk menggosok baju sebenarnya boleh dimanfaatkan juga dalam mendapatkan sumber air panas lalu digunakan buat memasak mi segera?

Di dalam video itu, pelajar tersebut menuang air pada dasar seterika yang sudah dipanaskan terlebih dahulu. Kemudian, air yang mengalir dilihat bertukar menjadi panas lalu melembutkan mi segera yang berisi di dalam bekasnya.

Sumber Gambar: TikTok

Pelajar itu juga sempat memberi pesanan untuk menggunakan seterika yang baharu dan bukannya dalam keadaan karat kerana takut dijangkiti kuman pula. Dia menambah lagi yang anda perlu menunggu sekitar 3 minit untuk memastikan mi segera dimasak dengan betul.

Video itu berjaya meraih 1.3 juta jumlah tontonan, 60.6k likes dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen di platform TikTok. Rata-rata meluahkan rasa teruja melihat cara yang cukup unik untuk memasak mi segera tanpa perlu menggunakan water heater.

Baca: Wanita terkejut ‘tertempah’ seluruh hotel di Bali, akui cuma bawa 7 sekeluarga sahaja