Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dari Malaysia telah berjaya memecahkan rekod dunia Guinness World Records dengan menyusun papan catur dalam masa 45.72 saat dengan mata tertutup.
Punithamalar Rajashekar, seorang pemain catur untuk pasukan sekolahnya, telah diiktiraf oleh badan rekod dunia tersebut sebagai pemegang rekod terbaharu untuk penyusunan catur terpantas dalam keadaan mata ditutup.
Punithamalar mengatakan telah bermain catur sejak berumur lima tahun lagi.
Dia juga mengaku bahawa dia menonton video-video pemegang rekod dunia terdahulu untuk mempelajari teknik-teknik yang mereka gunakan sebelum dia melakukan percubaan tersebut.
“Bapa ialah jurulatih saya. Kami bermain catur bersama hampir setiap hari,” katanya.
Punithamalar merupakan seorang ahli Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE), dan percubaan untuk memecahkan rekod dunia tersebut dilakukan di sekolahnya di Perak, seperti yang dilaporkan oleh agensi berita.
Baca juga: Budak 11 tahun lari dari rumah, siap tinggalkan nota nekad nak rasa ‘susah dunia luar’