Geram dengan harga bilik yang terlalu mahal untuk disewa, pelajar ini rela memilih untuk menaiki pesawa.
Pelajar yang bernama Tim Chen dri Kanada itu memilih penerbangan untuk ke kelasnya, kerana difahamkan kosnya jauh lebih murah daripada membayar sewa bulanan di Vancouver.
Pelajar itu secara kasar membelanjakan $150 (RM530) setiap penerbangan pergi balik, yang mencecah hampir $1,200 (RM4,245) sebulan untuk kelas hanya dua kali seminggu, katanya memetik laporan sebuah portal/
Sementara itu, sebuah apartmen satu bilik di Vancouver boleh menelan belanja sewaan sekitar $2,100 (RM7,430) sebulan.
“Saya hanya ada dua hari sahaja yang perlu ke kolej untuk kelas (Selasa dan Khamis), saya terbang ke Vancouver pada waktu pagi dan kembali ke Calgary pada waktu malam.
“Saya telah menaiki Air Kanada untuk semua penerbangan ini, dan untuk Januari, saya melakukan tujuh perjalanan pergi dan balik seperti ini.
“Saya rasa ada banyak penjimatan untuk mengelak menyewa kediaman di Vancouver.
“Ini kerana saya tidak perlu membayar sewa di Calgary (tinggal bersama ibu bapa) kecuali hanya sekadar untuk membayar utiliti.
“Ia jauh lebih murah daripada menyewa apartmen satu bilik untuk $2,000 lebih di Vancouver,” jelasnya menerusi temu bual oleh KTA 5
Baca: Boleh bawa maut! Ambil tahu gejala demam kepialu, penyakit bawaan bakteria salmonella