Hari ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Zara Zya yang mengejutkan ramai apabila mempromosikan produk intim untuk pasangan suami isteri di Instagram yang tidak sesuai dipertontonkan oleh umum.
Tampil mempertahankan dirinya, Zara berkata netizen diluar sana perlu bersikap terbuka dan apa yang dilakukannya itu hanya tujuan promosi semata-mata.
“Netizen perlu bersikap lebih terbuka. Apa salah video dan produk itu. Bagi saya benda tu tidak salah pun. Terpulanglah kepada netizen untuk cakap dan nilai bagaimana.
“Kenapa perlu bising dan gelabah sedangkan perkara tersebut memang berlaku dalam kehidupan seharian bagi pasangan suami isteri,” katanya kepada Kosmo! Online.
Kata Zara lagi, disebabkan pemikiran segelintir pihak yang hanya memandang dari sudut negatif sahaja membuatkan masyarakat di negara ini tidak pernah maju.
“Terang-terang dalam video tersebut saya hanya reviu mengenai produk, bukannya akhlak. Itu tak boleh ini tak boleh, sebab itu orang kita ramai yang ke belakang. Semua perkara diambil dan difikir dari sudut negatif,” katanya lagi.
Terdahulu, Zara teruk dikecam selepas memuat naik sebuah video menunjukkan pasangan lelaki dan wanita sedang berpeluk mesra di atas katil.
sumber : https://www.rotikaya.com/zara-zya-bengang-dihentam-kongsi-video-ranjang/