Pelancong maut, lima cedera parah gara-gara tayar bocor. Kejadian yang berlaku di kilometer 178.7 Lebuhraya Utara-Selatan petang semalam meragut nyawa pelancong dari India dan mengakibatkan kecederaan parah kepada lima ahli keluarga mangsa serta pemandu van tersebut.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, dalam kejadian pada 6.35 petang itu, van Toyota Hiace yang dipandu lelaki berusia 63 tahun itu dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perkahwinan lapor Harian Metro.
Hanya sebab tayar bocor
Ketika tiba di tempar kejadian, van terbabit mengalami kebocoran tayar belakang di bahagian sebelag kanan hingga menyebabkan pemandu tidak dapat mengawal stereng dan terbalik di tengah jalan.
“Seorang wanita berusia 74 tahun dikenali sebagai Noorjahan Mohamed Yacoob disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Selain itu, lima lagi mangsa mengalami kecederaan parah termasuk pemandu manakala empat lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Mayat dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat manakala lima yang cedera dikejarkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut,” katanya.
Semua mangsa yang cedera dalam kemalangan tersebut berusia antara 30 hingga 63 tahun dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Baca Juga: Lima termasuk kanak-kanak maut dalam kemalangan
Baca Juga: 5 himpunan bantah kenaikan harga barang, apa kesan pasukan jihad tangani inflasi Annuar Musa!