Seorang pelanggan yang ingin berusan dengan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) malangnya sebaik tiba kira-kira tiba tidak ada seorang pun di kaunter pertanyaan dan bayaran.
Gara-gara itu, pihak AKSB teruk dikecam kerana pendedahan seorang individu yang bernama Hanif M.Noor yang kecewa dengan layanan diterimanya.
Pendedahan itu dibuat di Facebook yang mendakwa tiada orang di kaunter pertanyaan dan bayaran walaupun jam telah menunjukkan jam 9.13 pagi.
Hanif turut cuba menghubungi pihak pengurusan pejabat cawangan Pasir Mas berkali-kali tetapi tidak berjawab.
Staf Pejabat Air Kelantan beri alasan staf yang bertugas di kaunter cuti.
Patutlah telefon tak diangkat, WhatsApp tak dibalas. Rupanya tiada seorang staf berada di kaunter. Pukul 9.13 pagi masih tutup, padahal waktu kerja bermula pada jam 8 pagi.
Saya masuk tunggu, kira-kira 10 minit kemudian baru keluar seorang staf. Tetapi dia bukanlah orang yang menjaga kaunter. Nak semak maklumat laporan pun tidak boleh, staf jaga kaunter cuti.
Hanif turut mempersoalkan bolehkah seseorang itu mengambil cuti tanpa memastikan tugasnya tidak diganti sesiapa?