Pelarian Rohinya masuk Malaysia dengan sindiket dengan bayaran RM10,000

Malaysia adalah antara negara yang menjadi pilihan pelarian Rohingya, jadi tidak terkejut jika mereka sanggup membayar hampir RM10,000 kepada sindiket untuk masuk ke Malaysia secara haram, lapor Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som.

Berkata kepada Sinar Harian, Mohd Zubil menjelaskan bahawa bayaran pendahuluan sebanyak RM3,000 atau lebih akan dibayar oleh pelarian Rohingya ketika di kem pelarian Cox’s Bazar, Bangladesh. Manakala bakinya pula sekitar RM5,000 atau lebih akan dibayar sebaik tiba di Malaysia.

Tambah beliau lagi, sindiket penyeludupan manusia ini terbongkar selepas Maritim menahan dalang yang bertanggungjawab merancang penyeludupan itu. Katanya, kemasukan pelarian Rohingya ke Malaysia biasanya melibatkan ahli keluarga Rohingya yang sudah berada dalam negara dan ejen sindiket yang bertanggungjawab menjalankan perniagaan haram terbabit.

Waris keluarga Rohingya mulanya akan memberi nama kepada sindiket terbabit siapa yang mahu dibawa masuk ke Malaysia. Daripada itu, pihak sindiket akan membuat rundingan dengan waris yang sudah dikenal pasti untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai keluarga di Malaysia pula, sindiket akan cuba mendekati mereka dan menawarkan harga untuk perjalanan masuk ke Malaysia. Ada sebahagian daripada pelarian Rohingya ini sanggup menjual harta atau tanah bagi membayar kos masuk ke negara ini.

Selain daripada menghubungkan dua keluarga yang terpisah. Sindiket ini juga membawa masuk pelarian wanita ke Malaysia semata-mata untuk berkahwin dengan pasangan yang telah ditetapkan oleh keluarga.

sumber : https://www.thevocket.com/pelarian-rohingya-bayar-rm10000-untuk-masuk-malaysia-ada-yang-datang-atas-tujuan-kahwin/