Pelik! 60 tahun tidak tidur, petani ini dakwa trauma ketika kecil

Seorang petani di Vietnam mengakui tidak pernah tidur selepas demam ketika muda.

Ia juga menjadikan lelaki itu trauma namun tidak menganggunya dalam kehidupan seharian.

Kenyataan Thai Ngoc, 80 tahun itu juga diakui oleh isteri, anak dan juga jiran-jirannya yang tidak pernah melihatnya tidur atau terlelap.

Ngoc juga mendakwa perkara itu tidak memberi kesan negatif kepadanya kerana sudah terbiasa tidak tidur.

“Saya tak tahu sama ada insomnia memberi kesan buruk pada kesihatan atau tidak.

“Tetapi saya masih sihat dan boleh bertani seperti orang normal,” katanya.

Thai Ngoc yang lahir pada 1942, mengaku tidak lagi tidur setelah mengalami demam sejak usianya 20 tahun.

Baca juga: Dituduh ahli Freemason, Shuib tidak sabar mahu seret lelaki ini ke mahkamah!