Perkahwinan yang dibina dari penipuan pasti akan terlerai juga satu hari nanti.
Begitu juga penipuan yang berselindung dalam senyuman, bahkan untuk suami isteri tajuk kepercayaan adalah sesuatu yang sangat penting dalam perhubungan.
Jika tiada kepercayaan dan terlalu banyak penipuan, pasti perkahwinan akan berakhir seperti wanita ini yang ditipu hidup-hidup oleh suaminya yang mempunyai hubungan sulit dengan kakak kandungnya.
Salam buat semua para pembaca, kisah yang ingin aku kongsikan sedikit panjang. Ia adalah tentang diri aku sendiri dan suami yang kini sudah menjadi bekas suami. Kami bercinta selama 2 tahun sebelum buat keputvsan untuk berkahwin.
Kami tak langsungkan majlis pertunangan sebab bagi kami tak ada sebab untuk kami lengahkan lagi pernikahan memandangkan kedua-dua belah pihak pun bersetuju untuk terus berkahwin. Aku kenal dengan suami semasa aku buat internship dekat company dia.
Dia seorang yang kelakar, baik hati dan gentleman bagi aku. Pada waktu tu, ramai rakan sekerja yang lain yang cuba – cuba nak mengOrat dia, tapi ntah kenapa aku yang dipilih. Bila kenang balik kenangan sewaktu bercinta buat akan tersenyum tapi kini hanya ada air mata.
Selepas 2 tahun berkahwin, aku masih lagi belum mengandung walaupun kami dah berusaha. Tapi suami masih setia dan sayang aku disaat aku rasa betul-betul rendah diri dan down. Alhamdulillah bos di tempat kerja juga memahami dan bagi aku cuti beberapa minggu untuk tenangkan emosi aku.
Keluarga aku sering buat gathering berkumpul sama-sama ada satu kejadian yang bila aku fikir balik itu adalah petunjuk tetapi aku ketika itu terlalu percayakan suami. Malam itu semua orang dekat luar meraikan hari jadi anak saud4ra.
Aku perasan suami aku tak ada jadi aku pergi cari dia. Tiba-tiba aku nampak dia keluar dari bilik kami bersama dengan kakak aku. Aku terk3jut dan minta penjelasan apa yang mereka buat dalam bilik. Suami kata kebetulan sebab kakak aku nak pinjam pencuci muka aku sebab dia terlupa bawa.
Kebetulan pulak kami pakai produk yang sama. Aku percaya apa yang mereka cakap, aku senyum dan terus tarik tangan suami untuk keluar bersama. Itu adalah petunjuk pertama untuk aku tapi siapalah yang aku pikir bukan-bukan tentang suami dan kakak sendiri kan.
Lepas tu suami kena pergi outstation sebab dia boleh dikatakan orang penting la dekat syarikat tu tapi seingat aku, kakak pun ada pergi outstation tapi negeri yang lain. Sekali lagi aku tak suspek apa-apa. Banyak kali aku perasan ‘kebetulan’ antara suami dan kakak aku.
Mereka boleh terserempak masa makan tengahari, dan kebanyakan apa yang suami aku bagi dekat aku, kakak pun ada. Aku dah mula fikir yang bukan-bukan namun dalam masa yang sama, suami masih jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.
Nafkah zahir dan batin tak pernah curang. Aku sebagai isteri dapat rasa sesuatu yang tak kena, biasalah firasat seorang isteri kan. Aku solat minta petunjuk dari Allah, aku dapat mimpi tapi aku fikir itu hanyalah mainan syaitan tambah lagi dalam keadaan aku sendiri yang tengah ragu-ragu dengan suami.
Hinggalah satu hari aku nampak suami dan kakak aku makan tengahari bersama. Aku ikut diorang dari belakang. Tujuan aku pergi pejabat suami sebab nak bagitahu berita gembira yang keputvsan UPT aku positif, maknanya aku hamil.
Aku nampak diorang sangat mesra, kakak siap berpaut tangan dengan suami dan suami pun layan dia macam dia layan aku. Aku terk3jut dan cuba tahan air mata. Aku terus contact boss bagitahu aku tak dapat pergi kerja sebab s4kit.
Malamnya aku tak terus terang dengan suami, aku nak tengok sejauh mana permainan mereka dan nak dapatkan banyak lagi bukti-bukti. Suami masih seperti biasa, layan aku dengan baik. Sebelum ni aku tak pernah cek HP suami sebab aku percaya dia betul- betul, malam tu aku nekad cek call history dan juga mesej dia dengan kakak.
Aku istighfar panjang baca kesemua mesej diorang, lebih dari sembang biasa hingga perkara-perkara lucah macam suami isteri. Aku tangkap gambar semua sebagai bukti kemudian aku terus menangis semahu – mahunya dalam tandas.
Dia tipu aku selama ini, dia buat aku nampak bodoh. Aku sedih mengenangkan anak yang da dalam perut. Aku tak bagitahu orang lain kecuali kawan baik aku. Sanggup seorang kakak buat adik dia macam ni??
Beberapa hari berlalu aku masih diamkan tentang kehamilan aku, sesekali aku tanya untuk menduga suami sekiranya dia ada apa-apa yang ingin cerita atau bagitahu dekat aku.
Dia kata tak ada apa-apa. Dia tanya aku kenapa. Aku cakap aku sayang dia dan dia balas yang dia sayang aku. Sebulan kemudian Allah gerakkan hati aku sekali lagi untuk ikut suami diam-diam selepas pergi check up baby.
Aku nampak suami dan kakak masuk ke sebuah hotel. Padahal dia bagitahu aku yang dia terp4ksa OT malam tu. Aku ikut dan aku tunggu diluar bilik hotel, ntah berapa lama aku tunggu sehinggalah mereka keluar dengan keadaan baju yang kusut dah macam kena cakar kucing.
Diorang terk3jut bila nampak aku, “Selama ini, saya ingatkan saya boleh percaya awak.” Itu je ayat yang mampu aku ucapkan buat suami. Dengan segala bukti yang ada, aku failkan perceraian, aku rasa jijik. Mak aku tahu hal ini dan dia memang marah sangat dan halau kakak aku keluar dari rumah.
Aku menangis dekat mahkamah bila kami dah sah bercerai. Aku minta maaf dekat suami sebab tak dapat jadi isteri yang baik untuk dia sehingga dia pilih untuk curang dengan kakak aku sendiri. Selepas cerai dia tahu aku mengandung, dia nak rujuk balik tapi aku tak nak.
Hati aku dah terluka, mungkin aku boleh maafkan jika wanita tu orang lain tetapi dia adalah kakak aku! Aku langsung tak boleh terima pengkhi4natan ni. Selama tu, mak dan rakan baik aku yang jaga aku sebab memang aku tak bermaya dengan keadaan yang tengah mengandung.
Aku berterima kasih sangat dekat mak dan kawan aku sebab sentiasa ada dengan aku ketika aku sangat-sangat down. Sekarang apa yang lebih mem3ritkan, bekas suami kini dah jadi abang ipar aku. Memang s4kit sangat tapi dalam masa yang sama aku gembira kakak aku akhirnya dapat apa yang dia nak.
Seorang suami yang sempurna. Aku tak pergi majlis diorang, aku tak sanggup. Masa awalnya mak tak setuju, tapi aku cakap aku ok jika itu yang diorang nak. Sekarang anak aku dah 2 tahun, dia bijak, handsome macam bekas suami aku.
Bekas suami pun tak abaikan nafkah buat anak, jadi aku terima je. Bila bekas suami datang nak tengok anak, anak aku nangis sebab dia tak tahu pun itu ayah dia. Aku tahu bekas suami aku sedih tapi itu yang dia pilih. Aku mengandung seorang diri, aku berdikari tanpa bantuan seorang suami.
Aku ingat lagi ketika nak bersalin, aku dah putus asa tapi mak yang bagi semangat untuk aku. Hingga saat ini orang nampak aku macam cool je tapi hanya Allah je tahu apa yang aku rasa. Aku selalu tak pikir kalau ada jamuan atau gathering keluarga sebab aku tak sanggup nak berdepan dengan diorang.
Tapi ahli keluarga yang lain faham keadaan aku. Aku nak jadi wanita yang kuat untuk anak aku. Aku nak dia membesar jadi seorang lelaki yang baik dan menghargai perempuan. Dekat tempat kerja, bos dan rakan-rakan pun begitu menyokong dan sentiasa bagi aku semangat.
Bekas suami plak terp4ksa berhenti kerja sebab malu dengan rakan sepejabat. Aku harap perkahwinan mereka hingga Jannah dan mereka tak kh1anati rumahtangga mereka, seperti apa yang bekas suami aku buat dekat aku dulu. Terima kasih sebab sudi baca kisah aku. -Tiara
Baca juga: Tular wanita Palestin didakwa buat kecoh, siap baling selipar pada pengawal!