Wanita memang tidak dapat dipisahkan dengan naluri yang sepertinya menjadi senjata dalam perkahwinan dan juga kehidupan.
Kerana itu para isteri mudah menghidu bau-bau kecurangan seorang suami walaupun masih tiada bukti bukti yang kukuh.
Wanita ini menceritakan bagaimana dirinya dapat menangkap suami yang berlaku curang di belakang ketika dirinya yang sangat sarat hamil.
Admin tolong hide profile saya ya. Saya teringin nak luah pengalaman saya jadi isteri sebanyak 2 kali. Saya kahwin dengan suami pertama, alhamdulillah, kami bahagia walaupun ada sedikit pend3raan mental. Tapi saya bahagia dengan bekas suami.
Bekas suami sangat sayangkan saya, malah sampai sekarang pun saya tau dia sangat sayangkan saya. Sikit pun saya tak cakap bekas suami jahat. Sepanjang kami kahwin kalau ada masalah dengan ipar duai, dia lah orang pertama yang pertahankan saya.
Dia tak akan biar adik beradik dia pij4k maruah saya. Pernah sekali tu saya basuh baju, saya sidai dah elok. Bila petang saya angkat, baju – baju saya dah koyak digunting – gunting. Saya mengadu pada bekas suami, saya agak manja dengan bekas suami walaupun dia sangat baran dengan semua orang.
Saya menangis depan dia, sambil marah – marah saya cakap habis baju – baju saya rosak. Tapi saya tak tuduh tu kerja ipar saya sebab bekas suami anak bongsu, takkan kakak – kakak dia nak buat kerja bodoh macam tu kan.
Tapi dia sendiri cakap anak sed4ra dia buat, dia meng4muk. Dia pecahkan cermin tingkap rumah kakak dia sekali dengan pasu bunga. Entahlah apa lagi dia buat, saya duduk rumah ja masa tu. Lepas dari tu takde dah adik beradik dia yang buat hal dengan saya, mengata belakang tu ada lah tapi saya malas ambik tau.
2 tahun kami kahwin semuanya indah, bagi saya lah. Kami tak sweet macam orang lain sebab bekas suami baran tapi saya manja. Bekas suami kuat m4ki, saya yang manja ni asyik menangis ja. Itulah yang saya cakap sedikit pend3raan mental tu.
Tapi m4kian dia taklah terok kat saya, cuma kalau ada dia marah saya, tak sampai baran, takde nak naik tangan dan bila saya terasa dan saya menangis, cukup kat situ saja dia marah. Marah dia akan hilang bila saya nangis. Pantang bagi dia ada orang buat saya nangis.
Masalah kami bermula bila saya mengandung, dia tak suka saya mengandung. Dia ada suruh saya gugurkan kandungan saya. Memang tak lah, mana ada orang yang kahwin tak nak jadi ibu. Mulalah fasa ipar duai masuk campur tapi mereka buat belakang bekas suami.
Kakak dia datang rumah mak saya, tanya betul ke saya mengandung anak bekas suami, sebab bekas suami suruh saya gugurkan anak saya. Mertua saya dulu baik tapi bila anak anak dia cakap macam – macam, pelik jugak lah dia kan.
Jadi mertua suruh saya buat DNA test. Saya sedih sangat sanggup ya mereka suruh saya buat DNA test sedangkan sepanjang kami kahwin tak pernah saya ke mana – mana tanpa bekas suami. Bekas suami tau anak dia. Untuk pertama kalinya bekas suami tak pertahankan saya sebab dia tak bantah apa yang mak dia suruh.
Dorang nak buat DNA test dekat rumah, agak pelikkan. Jadi masa tu ayah saya ambik saya balik sebab family mertua ni banyak pakai cable. Apa – apa pon boleh putar belit, memang tak lah ayah saya nak bagi orang ambik DNA anak saya.
Masa tu anak dalam perut lagi baru 5 bulan. Saya cakap tunggu anak saya lahir dulu baru bua dan family dia buat kesimpulan saya tak nak buat sebab bukan anak bekas suami. Saya mintak cerai dengan bekas suami masa saya mengandung 7 bulan.
Masa tu baru dia pujuk saya, mintak maaf dan dia mengaku dia tak suka saya mengandung sebab tak nak saya s4kit. Dia juga mintak maaf dengan ayah saya dan dia ambik saya balik. Itulah pertama kali dia pegang perut saya, anak dah bergerak masa tu kan dah 7 bulan.
Mungkin dari situ dia rasa naluri bapak bapak dah sampai. Esoknya dia cakap dia dah mula sayang anak saya. Dari awal mengandung sampai dah sarat, apa saya nak makan semua dia tunaikan, tak ada pun yang tak dapat.
Sampai hari saya s4kit nak bersalin, dia berubah. Mungkin sebab dia tak boleh tengok saya s4kit. Dia hilang terus tak muncul. Saya selamat melahirkan anak pompuan. Muka sebijik ayah dia. Saya tunjuk kat family dia dan yes tak perlu DNA test tengok muka dah tau anak siapa
Bekas suami hilang hari nak bersalin rupanya dia pergi menangis cari tempat bersandar. Dia keluar dengan pompuan lain waktu saya bert4rung nyawa dekat hospital. Hahahah. kelakor kan! Dia siap tidur dengan pompuan tu. Saya tau dari kawan dia.
Kawan dia call saya seminggu lepas tu cerita semuanya. Saya tanya suami dan dia mengaku. Saya cakap saya nak balik rumah mak. Hati ni jangan cakap h4ncur berkecai. Anak?? Dia tak pernah tengok dan sentuh anak saya.
Saya tak boleh terima dia buat saya macam tu. Jadi saya mintak dia lepaskan saya sebab saya tak boleh terima apa yang dia buat. Keluarga dia tuduh saya mengandung anak orang lain tapi dia sendiri yang tidur dengan orang lain. Dan akhirnya kami bercerai. Begitu je lah kisah perkahwinan saya dan bekas suami.
Sepanjang saya dalam edah bekas suami kawan dengan pompuan yang dia tidur tu tapi macam biasa kalau saya mintak apa – apa mesti dapat. Cuma bekas suami tak jalankan tanggungjawab dan kasih sebagai seorang ayah. Dia cuma akan beli pampers dan baju anak bila saya mintak, kalau tak mintak, dia tak ingat yang dia ada anak.
Bekas ibu mertua saya, sampai saya kahwin, dia masih berharap saya rujuk dengan anak dia, bekas ayah mertua pula dia h4ramkan pompuan tu jejak rumah dia. Nanti saya sambung tentang suami kedua pula ye. Ingatkan pendek ja cerita saya, panjang rupanya.
Terima kasih baca luahan saya, saya tak boleh luah dekat orang terdekat sebabnya orang terdekat saya semua dah anti dengan bekas suami. Ini adalah kisah benar, bukan rekaan. terima kasih.
Baca juga: Irma Hasmie terkilan rakan baik kongsi kisah penceraian, akui tidak mahu buka pekung di dada