Pelik! Biri-biri jantan dipenjara 3 tahun kerana membunuh. Biri-biri dari Sudan Selatan akan menghabiskan tiga tahun di kem tentera sebagai hukuman kerana membunuh seorang wanita awal bulan ini.
Bercakap kepada media tempatan, Mejar Elijah Mabor berkata, biri-biri itu menyerang Adhieu Chaping, 45, dengan menanduk wanita itu berulang kali di rusuk sebelum mangsa meninggal dunia akibat parah.
Newsweek melaporkan susulan serangan, biri-biri jantan itu ditangkap dan diletakkan di bawah jagaan polis, kata penerbitan digital LADbible.
“Peranan kami sebagai polis adalah untuk menyediakan keselamatan. Pemiliknya tidak bersalah.
“Tetapi biri-biri jantan itu adalah pihak yang melakukan jenayah, maka patut ditangkap. Kemudian kes itu akan dimajukan ke mahkamah adat di mana kes boleh dikendalikan secara baik,” kata Mabor melalui LADbible.
Walaupun sudah didapati tidak bersalah, mahkamah tempatan memutuskan bahawa pemilik biri-biri jantan berkenaan, Duony Manyang Dhal, akan dipaksa untuk menyerahkan lima lembu kepada keluarga mangsa sebagai pampasan.
Di Sudan Selatan, lembu adalah bentuk mata wang pilihan, menurut NPR.
Dalam perbualan dengan stesen radio, seorang lelaki bernama Machien Luoi menjelaskan bahawa lembu digunakan untuk membeli rumah dan membayar mas kahwin.
Dalam satu kenyataan kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mengenai kepentingan lembu di Sudan Selatan, Joseph Tongun Philimon, seorang doktor haiwan ICRC, berkata jika tidak memiliki ternakan maka anda bukan manusia dan semestinya bukan orang Sudan Selatan.
Selain menerima lima lembu, undang-undang tempatan juga menetapkan bahawa mana-mana haiwan ternakan yang membunuh seseorang, kemudiannya haiwan ternakan itu akan diberikan sebagai pampasan kepada keluarga mangsa.
Ini bermakna keluarga Chaping juga akan mengambil hak milik biri-biri jantan itu sebaik sahaja ia haiwan ternakan itu menjalani hukuman di kem tentera selama tiga tahun.
Baca Juga: Remaja 14 tahun tergamak tikam ibu hingga parah
Baca Juga: Ratu Elizabeth cari ‘bibik’ istana, tawar upah RM43 sejam