Pelik! Doktor forensik dedah sesuatu aneh berkaitan kes Zulfarhan Zulkarnain

Semalam, enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kini disabitkan kesalahan dan dikekalkan pertuduhan sama keatas mereka iaitu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail turut memerintahkan keenam-enam suspek dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Namun apa yang menarik perhatian, seorang pengguna akaun Tiktok mendedahkan doktor forensik yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan Zulfarhan Zulkarnain. 

Menggunakan nama Dr Cheesy Najmy, individu tersebut menyatakan salah satu fakta kes yang melibatkan forensik pasti akan mengubah haluan kes tersebut. 

Itu dijelaskan dengan hanya keterangan dari doktor forensik sahaja telah mengubah kanun keseksaan berkaitan kes bunuh Zulfarhan Zulkarnain. 

Difahamkan, individu di dalam video tersebut merupakan antara doktor forensik yang berada di dalam kamar mahkamah sepanjang perbicaraan. 

Baca juga: Ternganga dengar! Ini rupanya habuan lumayan buat atlet Malaysia ‘tuai’ emas sulung pertama