Seorang selebriti media sosial dari Worcester, Britain berjaya menjana pendapatan sebanyak £8,200 (RM47,634) setiap bulan hanya dengan menyiarkan konten bulu bawah lengan secara dalam talian.
Fenella Fox, 30 tahun turut berkongsi dia sering menerima mesej yang mengancam keselamatannya dan dihendap (stalker) lelaki yang akhirnya menyebabkan dia mengalami Gangguan Tekanan Selepas Trauma (PTSD).
Fenella mempunyai lebih daripada sejuta pengikut di akaun media sosialnya berkongsi bahawa dia mula memuat naik gambar bulu badannya secara dalam talian kira-kira enam hingga tujuh tahun lalu.
Ia kerana dia telah jemu dengan standard kecantikan wanita yang dominan pada masa itu dan bertindak mahu mencari sesuatu yang lain dari yang lain.
“Saya berhenti bersolek, mendandan rambut, bercukur dan hanya membiarkan badan saya berubah secara semula jadi.
“Saya banyak bercakap mengenai perkara itu secara online dan tidak lama selepas itu, saya dikenali ramai sebagai pempengaruh positif mengenai tubuh badan wanita,” katanya.
Namun, Fenella memberitahu bahawa dia telah menjadi mangsa ancaman keganasan dan ancaman seksual daripada individu yang tidak dikenalinya.
“Salah satu daripada reaksi paling menakutkan yang saya terima adalah seseorang memberitahu bahawa saya akan digantung di negara mereka.
“Saya juga pernah dihendap ‘stalker’ pada Januari tahun ini serta sering menerima karangan panjang berjela daripada individu lain secara kerap.
“Saya mengembara ke seluruh dunia, tinggal di penginapan mewah dan makan di luar bila-bila masa yang saya suka. Saya mempunyai banyak kebebasan kewangan tetapi pekerjaan itu telah menjejaskan kesihatan mental saya,” ujarnya.
Baca juga: Sudah move on! Fizi Ali kejutkan ramai dengan gambar nikah, ucap syukur atas perkahwinan kali ke-2