Pelik bin ajaib. Penerbangan Kak KM hanya mengambil masa kira-kira 2 jam sedangkan dia diberi minum 3 kali ketika berada dalam pesawat.
Sudah la Kak KM merupakan salah seorang penumpang yang masuk paling lewat sedangkan beg bagasinya perlu letak dibahagian paling belakang.
“Kak KM rasa benda telah dirancang…beliau diberi air 3 kali macam pelik. Dah laa masuk last penumpang penuh sampai belakang.
“Dan, dah sampai KL aku kena nanti semua orang turun barulah aku baru boleh ambik barang aku,”katanya.
Ekoran begnya telah dikopak wang tunai RM10,000 lesap atas kapal terbang dari Jakarta, Indonesia ke Kuala Lumpur.
Bukan itu saja Kak KM juga terpaksa berputih mata kerana tiga beg berjenama mewah yang dianggarkan bernilai RM16,000 juga lesap dalam masa sama.
Dalam luggage yang Kak KM bawa wang tunai dan juga tiga lagi beg kecil jenama mewah. Semuanya lesap ketika dalam penerbangan.
“Saya memang akan letak wang tunai dalam beg itu,”dakwa pemilik nama Liana Rosli, bagasi yang dibawa masuk ke dalam kabin mempunyai kesan diumpil dengan alatan tajam.
Dalam pada itu, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri masih menunggu jawapan balas daripada syarikat terbabit. Katanya, dia tidak akan berdiam diri kerana sudah melibatkan jumlah wang ringgit yang banyak.
“Selama ini saya percaya dengan syarikat berkenaan sebab tak pernah terjadi apa-apa. Saya rasa apa yang berlaku seperti sudah dirancang.
“Sudah dua minggu kejadian berlaku dan mereka seolah-olah mahu lepas tangan. Kata mereka perkara begini sering berlaku tapi saya tidak akan berdiam sebab banyak duit yang hilang.
“Duit boleh dicari tetapi kepercayaan itu sudah hilang,”katanya.
Baca juga: Lamborghini eksiden remuk teruk, hentam 6 buah kereta di PLUS tapi netizen pula perasaan benda lain