Pasti susah membesarkan anak perempuan kerana mereka ini dikatakan amat ‘fragile’ lebih-lebih lagi jika meningkat dewasa.
Lain pula dengan anak lelaki yang fitrahnya amat lasak dan tahan sakit andai terluka malah perkara ini lebih mudah jika dibandingkan dengan anak perempuan.
Namun lain pula ceritanya apabila lelaki ini menceritakan kisah makcik saudaranya yang tidak tahu dirogol oleh pakciknya ketika masih kecil dan menyebabkan dia trauma seumur hidup.
Apa yang aku kongsi ni tak dapat dikongsi secara detail lebih kepada apa yang aku rasa sesuai dikongsi. Ada tak nampak berita tak kira dalam tempatan atau dari luar negara pasal perempuan dia mengandung tapi dia m4ti – m4ti mengaku tak pernah ada kan hubungan s3ksual dengan sesiapa..
Aku sebenarnya agak baran bila dekat Malaysia baca komen reaksi orang Melayu kita adalah membuat lawak situasi tersebut tanpa tahu cerita dari A-Z. Ini cerita penghujung 80an. Aku pun baru dapat tahu bila mak dan ayah aku ceritakan waktu kovit 2020 dulu.
Mak aku ada 8 orang adik beradik, mak aku ni anak no. 5, adik beradik diorang pula 4 lelaki 4 perempuan. Aku ada seorang makcik, anak bongsu dalam keluarga mak aku. Dia ni ada seorang anak perempuan aku selalu panggil ‘Kak Sal’, Kak Sal ni 5 tahun lagi tua dari aku.
Seingat aku memang dari kecik Kak Sal ni tak ada ayah dia cuma hidup berdua dengan makcik aku. Hidup pun diorang ni jauh dari saud4ra mara lain tapi agak dekat dengan rumah aku dalam satu jam perjalanan. Jadi selalunya memang setiap minggu aku dengan mak datang melawat makcik aku dengan Kak Sal.
Aku pernah lah waktu kecik terlepas cakap tanya mana ayah Kak Sal? Makcik aku cakap ayah dia dah meninggal waktu Kak Sal kecik lagi. Tapi mak aku waktu tu marah teruk dekat aku ye sampai kena pulas telinga, menangis aku. Nasib makcik aku ambik aku dan cakap tak apa sebab budak lagi.
Aku rapat dengan saud4ra mara belah ayah aku. Saud4ra belah mak aku ni, pada aku huru hara sebab semua macam “lost contact”, semua kalau boleh macam nak elak dari berjumpa antara satu sama lain. Padahal nenek dengan atuk aku masih hidup ye sampai sekarang ni.
Setiap kali nak balik kampung pula, mak aku akan cakap balik kampung ayah. 2023 ni umur aku dah 28 tahun. Boleh kira berapa kali aku balik kampung mak aku. Dalam 3 atau 4 kali. Yang aku rapat cuma dengan makcik aku dan Kak Sal itu sahaja.
Masuk tahun 2020 tengah pandemik, aku yang asalnya duduk negeri lain balik rumah lagipun wfh duduk dengan mak ayah dan adik aku sebab risau. Tengah pkp pertama yang tengah ketat gila nak ke mana kena ada alasan dan dokumen yang penting.
Makcik aku cakap, dia nak minta tolong dekat sini, nak ke sana ke mari payah dan lagi satu dia dekat kawasan border daerah lain. Kena pula makcik aku dengan Kak Sal ni diorang tak ada kend3raan macam kereta cuma motor dan itupun bagi diorang cukup lah.
Makcik aku cakap, dia nak minta tolong dekat sini, nak ke sana ke mari payah dan lagi satu dia dekat kawasan border daerah lain. Kena pula makcik aku dengan Kak Sal ni diorang tak ada kend3raan macam kereta cuma motor dan itupun bagi diorang cukup lah.
Memang hidup sederhana, makan sikit tapi sebab pkp jadi payah dan terhad. Mak pun cakap dekat aku pergi sana tolong makcik dengan Kak Sal. Aku sebenarnya macam menolak jugak sebab aku nak kena minta dan sediakan banyak dokumen untuk rentas banyak daerah.
Jadi mak aku sambil menangis ni dia cerita dekat aku yang sejujurnya bila aku dengar pun menangis sekali. Makcik aku masa tu umur dia 16 tahun, disahkan mengandung. Bila balik dari check doktor, habis makcik aku kena balun teruk dengan atuk dan nenek aku, tapi dia sebolehnya mengaku cakap selama ni dia tak pernah buat hubungan tersebut dengan mana-mana lelaki.
Mak aku cakap dia dengan adik beradik lain merayu jangan pukul sebab muka makcik pun sampai berd4rah. Akhirnya lepas hampir sebulan disiksa dan makcik masih tak mengaku. Atuk dan nenek aku hantar makcik ni duduk jauh. Suruh dia lahirkan anak tersebut dan duduk lah sendiri dekat sana besarkan anak.
Mak aku pun volunteer untuk teman dan jagakan makcik aku. Akhirnya anak tersebut dilahirkan. Bila anak tu umur dah 10 tahun waktu ni umur aku baru 5 tahun. Suami mak long aku, dia waktu ni s4kit, s4kit yang teruk nak bergerak payah tapi bercakap boleh.
Yang saksi waktu tu atuk, nenek, mak dan ayah aku, dan lagi 2 orang saud4ra lain. Suami mak long aku dia menangis cakap dia yang ‘buat’ makcik aku sampai mengandung. Dia cakap bila makcik aku balik sekolah dia bagi air letak ‘ubat’ dalam tu. Waktu tu rumah tak ada orang.
Makcik aku waktu ni dia salah seorang boleh dik4takan atlet sebab aktif sukan. Jadi d4ra dia mungkin dah koyak waktu bersukan jadi tak ada d4rah. Mak aku cakap suami mak long aku tu menangis atas tilam. Ayah aku pula cerita mak aku cekik suami mak long aku tu sampai nak separuh m4ti geram punya pasal. Akhirnya tak sampai sebulan meninggal suami mak long aku.
Mak aku pun dia cerita kan dekat makcik aku. Sebab benda ni dia kena tahu. Mak aku cakap makcik aku tak ada response apa pun waktu tu setakat diam je. Cuma makcik aku cakap dia kalau boleh taknak jumpa langsung mak dan ayah dia serta saud4ra mara dia yang lain cukup lah mak aku sorang.
Mak aku waktu tu cakap suruh tolong makcik aku temankan diorang kesian hidup diorang anak beranak mend3rita. Aku pun sepanjang kovit dari pkp pertama, ke-2 dan sampai tamat kovit dalam pertengahan tahun 2022 baru aku kembali negeri lama aku menetap sebab dah tak wfh. Selama aku duduk tu terus terang memang kesian.
Aku ada tanya kenapa makcik aku tak kasi Kak Sal sambung belajar dan kerja. Sebab SPM Kak Sal ni pada aku boleh tahan cemerlang ye walaupun tak straight A. Tapi Kak Sal aku cuma jawab dia lagi tenang hidup dengan makcik aku dari hidup jauh.
Jadi diorang ni anak beranak kerja mana mampu makan mana cukup asalkan kenyang dan lagi penting tak berjauhan biarlah depan mata jadi tahu apa benda jadi. Aku pun waktu tu belikan macam smartphone sebab tahun 2020 tu makcik aku dan Kak Sal dia masih pakai nokia zaman lama dulu yang wasap pun tak ada cuma basic mesej dan call.
Aku pun belikan walaupun makcik aku dengan Kak Sal reject aku cakap guna je senang nak video call. Waktu pkp tu memang seminggu dalam 2 kali video call mak ayah dan adik aku. Bila fikir sebenarnya kesian sangat. Mak aku pun awal tahun dah meninggal dunia.
Dia sendiri pesan tolong jagakan dan tengokkan makcik aku dan Kak Sal tolong mana mampu. Aku pun kalau cuti balik singgah dan bagi duit sikit. Tolong mana yang mampu lagipun diorang berdua pun hidup memang sederhana betul.
Rumah pun tidur pakai toto sebelum ni. Dah habis pkp baru aku boleh belikan katil dan pasang tilam. Aku setiap hari macam terfikir agaknya macam mana makcik aku lalui benda ni setiap hari. Bayangkan umur dia 16 tahun sekarang ni dah masuk 50 an.
Dia tak nikm4ti langsung zaman remaja, zaman dewasa tak ada semua benda tu. Cuma sengsara. Aku pernah tanya “maksu okay tak, kalau ada apa-apa kasitahu” makcik aku cuma cakap, “maksu pun dah tua jang hidup pun dah tak lama.”
Aku pernah berjumpa psychi4trist, kawan baik aku. Aku ceritakan situasi makcik aku tapi aku tak cerita secara detail aku cuma cerita tr4uma dia kesan dia dan macam mana harungi segala macam perjalanan. Dia cuma cakap amat must4hil nak “sembuh” benda ni macam parasite pergi terapi ke atau segala treatment memang tak akan baik dan akan dibawa sampai m4ti.
Kalau aku nak scalekan pend3ritaan tu pun tak boleh sebab benda ni s4kit dia lain. Aku setiap kali datang melawat makcik aku dengan Kak Sal aku selalu tanya diorang okay tak. Yang sengsara bukan makcik aku sahaja tapi Kak Sal anak dia juga yang sengsara sama.
Pernah aku macam berbual dengan Kak Sal. Ada rancang nak kahwin ke mendirikan rumah tangga atau ada plan lain kalau ada aku nak tolong dan nak bantu. Kak Sal cakap dia tak ada fikir apa. Tengoklah kalau esok bangun dan masih bernafas jadi teruskan hidup.
Aku bila tulis ni aku rasa macam ramai dekat luar sana yang kita tak tahu siapa, pun ada mend3rita macam makcik aku dan Kak Sal. S4kitnya aku sendiri pun tak boleh bayang. – Halim (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Tular gunung berapi ‘muntahkan’ ketulan emas, setiap satu boleh cecah RM29,000