Pelik! Kopi daun bawang kini ‘buruan’ warga China, semua gara-gara nak viral

Gara-gara ingin mencipta viral, sejenis minuman istimewa yang dibancuh bersama daun bawang semakin menjadi trend di China dan menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Video mengenai minuman tular tersebut dikongsikan di dalam akaun Instagram @mustsharenews. Bukan sahaja tular namun air itu diberikan nama menarik iaitu ‘Scallion latte’.

Berlaku perdebatan antara netizen yang menyatakan kurang senang kerana daun bawang akan merosakkan rasa kopi.

Video mengenainya telah dikongsikan dalam akaun Instagram @mustsharenews. Menu yang dinamakan ‘scallion latte’ itu semakin popular selepas mencetuskan perdebatan di kalangan netizen mengenai sama ada daun bawang akan merosakkan rasa kopi.

Cara minuman itu dibuat adalah dengan meletakkan daun bawang yang telah dicincang di bahagian bawah cawan, kemudian ditambah dengan kopi dan susu dan seterusnya menaburkan daun bawang di bahagian atas sebagai hiasan.

“Daun bawang mengandungi kalsium yang tinggi,” kata seorang netizen.

Kopi pelik itu bukanlah satu-satunya yang luar biasa setakat ini namun sebelum ini juga pernah tular pelbagai minuman yang mengetengahkan rasa kopi seperti kopi tiram Guangdong, latte sup daging lembu Ningxia, nasi kopi Shanghai, latte kicap, telur ditambah kepada kopi, dan banyak lagi ramuan kopi unik dihasilkan di China.

Baca juga: Sah! BERSATU hentikan keahlian 6 Ahli Parlimen sokong PM