Seorang lelaki yang didakwa merampas puting kosong dari bayi kini menjadi buruan polis di Essex, Britain selepas beberapa kes yang direkodkan oleh lelaki tersebut.
Terdapat empat kes direkodkan di sekitar Harlow pada 10 Februari hingga 7 Ogos lalu.
Suspek dikenal pasti sebagai lelaki yang bertubuh kurus, mata coklat, berumur dalam lingkungan 20-an, dan bergigi kuning.
Ketua Polis Harlow, Inspektor Paul Austin berkata: “Ini adalah siri insiden luar biasa dan sebagai ibu bapa sendiri, saya memahami tahap kebimbangan yang ditimbulkan.
“Bagaimanapun, saya ingin meyakinkan penduduk Harlow bahawa kami mempunyai detektif yang berdedikasi untuk menyiasat insiden ini, manakala pasukan saya akan memberi perlindungan kepada komuniti setempat,” katanya. – Agensi