Minyak Jungle Girl menjadi satu fenomena di kalangan pengguna Malaysia sekarang. Pemiliknya yang juga seorang orang asli menjual live di tiktok berjaya menjual ratusan ribu botol.
Keberkesanan minyak Jungle Girl juga hangat dibincang di ruangan komen yang rata-ratanya memberi reaksi positif. Tidak kurang juga yang memberi respon yang negatif.
Namun, di media sosial sekarang sedang kecoh pula isu nombor kod di botol produk ini yang didakwa tidak selari dengan penggunaanya.
Menurut facebook page Ah beng, minyak Jungle Girl didaftar di bawah kod kosmetik, bukan perubatan. Hujahnya adalah kerana penggunaan nombor siri bermula dengan huruf ‘NOT’ dihadapan yang didakwa merujuk kepada produk kosmetik.
Rata-rata netizen di ruangan komen turut memberikan komen yang sama.
“Benda benda perubatan mesti kena MAL huhu”, kata Yann Ahmad
“minyak ni, siap sapu ke muka pun ada….fuhhh” , tambah Nu wa
baca: Nilai ringgit makin kukuh, ramai persoal harga ayam pula tak turun-turun