Pelik-pelik ibu mengandung kali ini nak hidu bau tayar motosikal

Ibu mengandung mengidam hidu bau tayar motosikal suami larang tapi tak sampai 5 minit hidu.

Seorang wanita yang mengidam bau tayar dan menghidunya bagi melepaskan rasa teringin yang sudah beberapa hari dipendam.

Video yang dikongsi akaun TikTok mimiaina1 itu menjadi perhatian ramai memandangkan keinginan wanita hamil yang agak unik daripada kebiasaannya.

Menerusi perkongsian dari Harian Metro, Wani mengatakan bahawa sudah hampir seminggu mengidam mahu menghidu bau tayar dan menyatakan hasrat tersebut kepada suami.

Disebabkan hal tersebut suami kepada wanita hamil yang dikenali sebagai Syafiq telah membawanya ke bengkel motosikal bagi memenuhi keinginannya.

Ujar Wani lagi, pada awalnya suami menghalang untuknya melayani keinginan tersebut memandangkan tayar pastinya mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh membahayakannya.

Namun, akhirnya suaminya akur untuk membantu memenuhi hasrat berkenaan selepas dipujuk.

“Tapi saya pujuk suami dan beritahunya yang saya nak ambil bau saja,” katanya.

Tambahnya, mereka telah ke bengkel motosikal sebelum tauke di sana bermurah hati membenarkannya membawa pulang tayar berkenaan di rumah dan menghidupnya sehingga berpuas hati.

“Tak sampai lima minit cium pun dan tak sehingga beli pun. Cuma tauke kedai minta kami bawa balik (tayar) rumah dulu kemudian pulangkan apabila sudah berpuas hati.

“Namun saya kembalikan tayar itu kerana tak nak ada kesan buruk,” jelasnya.

Selepas hampir sehari dikongsikan, video tersebut telah ditonton hampir dari setengah juta dan pelbagai maklum balas diterima, baik positif mahupun negatif.

Walau bagaimanapun, dia sama sekali tidak ambil kisah dengan kecaman kerana langsung tidak berniat untuk viral atau menarik perhatian.

Dia juga sempat menitipkan sedikit pesan dengan mendoakan agar mereka yang sedang mengidam perkara-perkara pelik sepertinya untuk bersabar dan terus memanjatkan doa agar urusan kehamilan dipermudah sehingga melahirkan kelak.

Baca juga: Habis tu manusia lahir darah biru ke? Jejaka ‘stoicism’ disaran dapat rawatan sakit mental