Pelik pihak polis selalu sentuh bahagian belakang kereta yang ditahan sebelum itu meminta pemandu untuk menunjukkan lesen memandu dan nombor pendaftaran.
Malah itu mereka merupakan prosedur biasa daripada pegawai polis semasa hentian lalu lintas.
Walau bagaimanapun, mungkin terdapat segelintir pemandu yang tidak menyedari aksi pegawai polis menyentuh lampu belakang kereta.
Terdapat banyak sebab mengapa polis di Amerika Syarikat akan menyentuh lampu belakang kereta ketika sedang menahan pemandu kereta tersebut.
Menurut Law Dictionary, sebelum kamera dipasang di dashboard kenderaan polis, mengetuk lampu belakang adalah cara mereka untuk meninggalkan bukti pertemuan.
Cap jari yang ditinggalkan di kenderaan tersebut akan menjadi bukti bahawa wujud interaksi antara pegawai polis dengan pemandu kenderaan.
Hal ini sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya sesuatu berlaku kepada pihak polis semasa hentian lalu lintas dijalankan.
Cara ini juga dapat membantu pegawai polis yang lain untuk mengesan anggota pasukan yang hilang walaupun tanpa bukti video jenayah yang berlaku.
Trooper Steve Montiero turut menyokong teori ini dengan memberitahu kepada media News 6,
“Ketika pegawai undang-undang melakukan hentian lalu lintas, ada banyak prosedur yang perlu dilakukan. Tidak hanya demi keselamatan pemandu, tetapi juga untuk keselamatan petugas.
Salah satu prosedur tersebut dapat menjadi bukti berlakunya interaksi antara pegawai polis dengan kereta itu seperti menyentuh bahagian lampu belakang.”
Antara sebab lain pegawai polis bertindak sedemikian adalah untuk mengejutkan pemandu.
Mungkin terdapat pemandu yang membawa bahan terlarang di dalam kereta seperti senjata api, peluru atau dadah.
Lantas, mereka akan berusaha untuk menyembunyikan bahan-bahan terlarang tersebut sebelum pegawai polis menghampiri tingkap.
Baca juga: Wanita jadi hamba seks selama 14 tahun, dirogol lebih 1000 kali rupanya perogol sakit mental