Rambut gugur boleh buat kita stress memikirkannya. Masalah ini dah menjadi satu ‘wabak’ dalam masyarakat Malaysia. Mana tidaknya asal kita menyapu rumah sahaja penuh rambut-rambut kita jumpa.
Tidak kira lelaki ataupun perempuan, ianya sudah menjadi satu penyakit yang perlu kita atasi dari akarnya.Rambut ibarat mahkota bagi seseorang. Jangan pandang remeh.
Berbagai cara sudah kita cuba untuk atasi masalah ini, namun kita lupa untuk baiki pada akarnya terlebih dahulu.
Ini penjelasan Doktor Norhaslinda Mat Hassin, seorang Pakar Estetik dan penuaan sihat yang merungkai permasalahan ini seperti dipetik oleh BH Online.
Katanya, satu daripada tiga wanita di negara ini terdedah kepada kekurangan zat besi.
“Ramai wanita apabila keguguran rambut akan mencari syampu mahal kerana menyangka produk itu mengakibatkan masalah berkenaan.
“Mungkin betul ada kaitan dengan syampu, tapi wanita perlu tahu akar apa punca masalah keguguran rambut ini,” katanya.
“Tanda pertama kekurangan zat besi dalam badan khususnya bagi golongan wanita alami ialah keguguran rambut.
“Tapi ramai wanita yang tidak berjumpa doktor untuk periksa serum ferritin dan lebih memilih membeli syampu mahal.
“Jadi apabila, keguguran rambut, anda perlu periksa zat besi sebelum beli syampu,” katanya.
Baca: “Tak pernah sekali pun ‘benda’ tu pergi, sebabkan harta orang sanggup sihir kami sampai macam ni”