“Pelik wife aku selalu hantar anak mengaji dekat rumah Ustaz sampai lewat malam, semuanya terbongkar bila aku buka Whatsapp”

Sebagai individu yang sudah berkahwin, seharusnya lebih menjaga batas pergaulan antara bukan muhrim kerana status diri.

Namun kini makin banyak di antara mereka yang sudah berkahwin masih lagi bebas bergaul seolah-olah mereka bujang.

Di bawah adalah perkongsian seorang lelaki yang kecewa dengan isterinya.

“Aku cuma nak luahkan. Pada mulanya aku bahagia selama lapan tahun ni berumahtangga bersama isteri aku yang tercinta. Dikurniakan dua orang anak perempuan.

Semuanya bermula dari rumah mentua yang kurang privasi aku bawa isteri dan anak aku berpindah rumah berhampiran rumah mertua.

Aku ubah suai rumah tu hampir RM250k termasuk perabot dan kelengkapan. Kami bahagia selama tiga tahun di rumah tu.

Isteri aku seorang suri rumah tangga segalanya aku berkorban kerana sayangkan dia dan anak-anak.

Ranjau kehidupan berumahtangga biasalah asam garam ada pasang surut, gaduh, masam, emosi semua aku hadap dengan tenang.

Tapi asal bila gaduh ke merajuk, tiba-tiba mak ayah isteri aku datang ambil isteri aku dengan anak-anak bawa balik rumah mentua aku.

Sedangkan apa salah aku sebagai suami menegur sesuatu untuk kebaikan. Bukannya aku marah bentak-bentak, naik tangan dan kaki pon.

Aku tak pernah menyakitkan isteri dan anak-anak aku apatah lagi Iempang, naik kaki mencederakan semua tu. Walaupon aku ni lelaki ada sifat baran tapi bertempat.

Sebab aku sayang anak-anak dan isteri aku. Aku memang sibuk siang malam dengan kerja cari rezeki bawa pulang untuk mereka, beri mereka segalanya.

Aku dahuIukan mereka semampu secukupnya untuk mereka dan memang mulanya dia pun faham dari mula kahwin dengan situasi kerja aku balik lewat.

Tapi segalanya mula berubah pada tahun 2020, masa Covid-19 aku lihat isteri aku mula menunjukkan tanda-tanda emosi dan bersikap dingin dengan aku dan anak-anak.

Dan masa tu pun aku sibuk dengan kerja kontrak buat dua buah rumah sewa mentua aku di terletak dalam kawasan sama dengan perumahan kami.

Dia cakap dia faham dengan situasi aku yang aku tak boleh bagi dia nafkah batin dalam masa tu sebab ada masalah kencing kotor dan aku pun berubat sehingga sembuh pada awal tahun 2021.

Ceritanya selepas siap rumah sewa tu ada penyewa masuk dua-dua rumah tu lelaki bujang yang berstatus ustaz tahfiz umurnya muda setahun daripada isteri aku.

Dan aku pelik bila isteri aku selalu hantar anak-anak ke rumah ustaz tu dengan alasan untuk hantar anak-anak belajar mengaji sehingga lewat malam.

Tapi bila habis mengaji kerap kali balik tidur di rumah mak dia. Alasan dia, anak-anak dah penat nak tidur rumah nenek dia. Dan aku kat rumah selalu kesorangan menunggu dia pulang.

Kerap kali terjadinya benda ni dan selalu kerap dingin dengan aku terlintas kat dalam hati aku ada sesuatu yang dia buat yang isteri aku membelakangi aku.

Jadi aku tanya ada masalah atau tak puas hati ke, marah, aku mohon terus terang. Tapi isteri aku ego tak nak beritahu hal sebenar dan sembunyikan sesuatu.

Sehingga la aku ditinggalkan di rumah bulan puasa ni dah tiga minggu aku dibiarkan kesorangan dan isteri aku tidak ambil peduli pasal aku.

Jadi aku pergi ke rumah mentua aku untuk bincang pasal isteri aku. Ternyata tetiba isteri aku berubah perangainya 360 darjah.

Keras hati dan tawar hati dengan aku, dia marah-marah aku tapi tak macam selalu dia cakap. Seolah-olah ada yang mengawal dia.

Tak nak ikut aku balik malah aku dihina depan mak ayah dia. Alasan aku ni sibuk kerja dan dituduhnya aku ni pulak ada perempuan simpanan.

Tapi aku paham sebab dia ni dari awal kecil memang anak mak dan manja dengan mak mentua.

Sikit-sikit emak dia backup. Jadi, aku tertanya tanya apa yang dia nak. Alasannya dia kata aku sibuk kerja.

Selama ni aku kerja aku tak pernah lupa tanggungjawab segala-galanya makan pakai, bil-bil segala-galanya aku tanggung.

Tanggungjawab dia cuma pikir jaga rumah, anak, masak dan kemas rumah ambil hantar anak sekolah.

Tapi aku tak pernah paksa masak dan kemas rumah. Makan selalu beli dekat kedai tapi bila aku rasa sesuatu macam dia berubah hati macam dia tak jujur dengan aku.

Aku selidik siasat dengan anak-anak aku rupanya anak-anak aku bagitahu seorang ustaz yang mengajar ngaji anak aku selalu rapat dengan isteri aku.

Sehinggakan aku tengah sibuk dengan kerja anak-anak aku balik sekolah pun ustaz tu ambil anak-anak aku kat sekolah tanpa pengetahuan aku.

Aku tak boleh tahan sabar bila dia cakap tawar hati dan tak nak balik rumah. Semunya tentang kejujuran.

Aku tak boleh tahan sabar. Aku ambil keputusan pergi centre potong line telepon isteri aku sebab line yang dia pakai nombor tu daftar atas nama aku.

Kemudian aku buat sim kad baru aku pasang kat phone lama aku.

Satu hari aku download whatsapp atas akaun gmail isteri sungguh luIuh hati aku bila aku tengok baca perbualan wassap isteri dengan ustaz tu siap bersayang-sayang.

Hancur hati aku tergamak dia menipu aku. Bila aku dah tahu aku terus pegi rumah dia jumpa sendiri ustaz tu kemudian ustaz tu dan isteri aku sendiri mengaku diorang ada hubungan belakang aku.

Mak bapa mentua aku langsung tak mahu bercakap dan komen pasal hal ni.

Seolah-olah membenarkan apa saja anak kesayangan dia buat macam nak tukar menantu macam tukar baju.

Aku tak tahu apa lagi yang diorang buat belakang aku seolah macam ade ilmu guna-guna yang dipakai oleh ustaz tu.

Aku rasa dianiaya, dia tak jujur dengan aku. Bulan puasa pulak tu. Aku terus pegi balai buat report polis.

Sekarang aku ikut saluran undang-undang dan aku tak sanggup lihat orang yang aku percaya sanggup buat benda terkutuk ni belakang aku.

Aku ditipu hidup-hidup. Aku tak redha apa yang diorang buat belakang aku. Aku cuma sayangkan anak-anak aku.

Aku curiga bila aku pernah lihat sendiri anak-anak perempuan aku dipeIuk cium dengan ustaz tu. Aku risau.

Tapi bila aku nak ambil anak-anak bawa balik, mentua dengan isteri aku berkeras. Cuma aku tak sangka selama aku sibuk cari duit kerja keras rupanya ada duri dalam daging yang menghasut dan menggoda isteri aku sehinggakan diracun pemikiran isteri aku dan mertua aku sampai bini aku syok sangat dengan ustaz tu.

Buat benda haram belakang aku. Aku tak nak hadap lagi penganiayaan ni. Aku balik umah mak ayah aku. Tak sanggup duduk sorang-sorang lagi kat rumah sendiri.

Biar undang-undang yang tentukan selepas ni. Apa-apa pun aku dah tak nak pikir sebab dah jadi kes polis dan aku dah mengadu dengan pejabat agama.

Kalau di dunia ni mereka terlepas. Kat akhirat nanti lebih azab mereka tanggung. Aku dah lama bersabar.

Walaupun mereka bahagia buat benda terIarang belakang aku. Tapi aku yakin Allah akan turunkan baIa pada mereka yang merosakkan rumahtangga aku.

Aku cuma nak pesan korang jangan lihat luaran pemakaian dan title sahaja korang terus pecaya bulat-bulat.

Hati-hatilah semoga Allah menurunkan azab dan pengajaran yang lebih dahsyat disebabkan apa yang mereka buat belakang aku.”

Baca juga: Tak puas hati Bella dilantik jadi duta jenama produk, Sarah Yasmine dedah topik sembang Aliff dengan ‘NRF’