Peliknya! Macam mana boleh ada air dalam kelapa? Ini penjelasannya..

Air kelapa muda memang menjadi minuman yang disukai oleh kebanyakan orang, bukan?

Dikenali sebagai tumbuhan serba guna, pokok kelapa mempunyai berbagai manfaat yang dapat dimanfaatkan dari pucuk hingga ke akarnya. Pelepahnya dapat dijadikan lidi, batangnya digunakan sebagai titi, sementara di Indonesia, akarnya direbus dan dijadikan minuman herba.

Tambahan pula, air kelapa juga berfungsi sebagai minuman isotonik semulajadi yang dapat menghidrasi tubuh.

Pernahkah anda terfikir, bagaimana air kelapa boleh terhasil di dalam ruangan tempurung tersebut?

Sama seperti tumbuhan lain, pohon kelapa menggunakan buahnya untuk menyimpan air.

Pada permulaan pembentukan, kelapa hijau mengandungi 500 mililiter (ml) air. Seiring dengan berlalunya masa, air tersebut menjadi isi yang menebal, seperti yang dapat dilihat dalam kelapa tua yang memiliki isi yang lebih tebal berbanding kelapa muda.

Pengumpulan air adalah penting untuk kemandirian spesies ini. Secara umumnya, pohon kelapa menghasilkan sedikit buah, iaitu antara 25 hingga 75 buah setiap tahun. Oleh itu, setiap buah ini menjadi biji benih super seed yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok seterusnya.

Buah kelapa perlu menghadapi keadaan yang sukar, termasuk hanyut di dalam laut selama berbulan-bulan. Air di dalam tempurung itulah yang akan menyediakan air dan nutrien untuk pertumbuhan anak pokok yang bermula dari buah tersebut.

Baca juga: Pengantin lelaki ‘kecut perut’, semua bekas teman wanita jadi ‘bridesmaid’ ketika perkahwinan