Pelita raya paling besar di dunia kini ada di KLCC

Suria Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) telah mengumumkan bahawa replika untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri masih dalam proses penyediaan. Pengumuman tersebut disampaikan melalui ruangan komen di laman rasmi Facebook Suria KLCC.

Replika tersebut, yang menjadi tarikan utama setiap kali perayaan Aidilfitri tiba, dijangka mencapai ketinggian 50 kaki (sekitar 15 meter) dan bakal menarik minat pengunjung sepanjang musim perayaan.

“Harap maklum bahawa dekorasi Raya kami masih dalam proses. Kami mengalu-alukan anda semua untuk datang ke Suria KLCC dan melihat hasil akhir Replika Pelita terbesar berukuran 50 kaki di Malaysia,” demikian komen Suria KLCC.

Melihat dari rekaan awalnya, replika tersebut dihiasi dengan warna-warni yang menarik serta memaparkan sedikit sentuhan seni anyaman, dan terdapat simbol api yang menjulang di bahagian puncak replika tersebut.