Pemain badminton dari China tiba-tiba meninggal dunia selepas pengsan semasa perlawanan Kejohanan Remaja Asia 2024 yang diadakan di Yogyakarta, Indonesia.
Kejadian yang berlaku pada malam ahad itu ,kata Badminton Asia, pemain yang bernama Zhang Zhi Jie dipercayai pengsan di lapangan ketika perlawanan antara China dan Jepun sebelum dilarikan ke hospital, dan disahkan meninggal dunia.
“Pemain perseorangan, Zhang Zhi Jie dari Tiongkok, pengsan di atas gelanggang semasa perlawanan segera dikejarkan ke hospital, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 23.20 waktu tempatan semalam.
“Zhi Jie sedang bertanding dalam perlawanan peringkat kumpulan menentang Jepun apabila dia rebah. Dia segera dirawat oleh doktor dan pasukan perubatan yang bertugas, lalu dibawa ke hospital dalam masa kurang daripada dua minit dengan ambulans yang telah disediakan,” kata kenyataan rasmi.
Badminton Asia, Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI) dan Jawatankuasa Penganjur mengucapkan takziah kepada ibu bapa Zhang, keluarganya serta Persatuan Badminton China (CBA).
“Dunia badminton telah kehilangan seorang pemain yang berbakat besar,” tambah kenyataan itu.
Baca; “Mak buat kami adik beradik macam kuda lumba, siapa yang banyak A itulah yang dia sayang”