Pemain bola dipukul dan disamun, rupanya dah lama bercinta dengan artis ini

Heboh apabila pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid dilapor menjadi mangsa samun dalam kejadian di Kuala Terengganu malam tadi.

Akibatnya, pemain berusia 25 tahun tersebut mengalami kecederaan pada bahagian kepala dipercayai selepas dipukul dan menjadi mangsa samun.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah kondominium di Kuala Terengganu kira-kira jam 9 malam, 2 Mei.

Akhyar dipercayai dipukul dengan senjata pada bahagian kepala dan badan oleh suspek yang tidak dikenali sejurus turun dari kenderaan.

Tular beberapa foto dan rakaman video memaparkan kejadian menimpa pemain pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT) itu di media sosial.

Turut dikongsikan gambar Akhyar dalam keadaan terduduk dan lemah di hadapan sebuah kenderaan dipercayai miliknya.

Gambar pemain berkenaan sedang menunggu untuk diberikan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) turut tersebar.

Akhyar ditemani teman wanitanya yang juga selebriti, Eyka Farhana.

Difahamkan, Eyka berada di Terengganu untuk menyambut ulang tahun kelahiran Akhyar pada 1 Mei.

Semakan mendapati sudah lama rupanya Akhyar dan Eyka rapat dan mesra dengan empat tahun lalu dilapor berlaga pipi.

Setakat tengah malam tadi, Akhyar dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Akhyar yang juga tonggak Harimau Malaya mula menyertai TFC secara pinjaman daripada JDT untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pemain itu juga difahamkan berada dalam perancangan pengendali negara, Kim Pan-gon untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan depan.

BACA JUGA Terkejut Juventus pun pakai lagu ‘Bey sobar bey’, rupanya ini penjelasan sebenar