Pada hari ini, anda pasti merasakan panas dan bahang apabila berada di dalam rumah walaupun ‘aircond’ sudah dihidupkan, hal ini kerana ia berkait rapat dengan pemanasan global yang semakin meruncing.
Menurut laporan, glasier di Himalaya kini mencair pada kadar yang tidak pernah berlaku dan mengejutkan para saintis.
Ia juga mungkin mencair sehingga 80% pada abad ini jika bumi terus-terusan mengeluarkan haba panas.
Menurut laporan Pusat Antarabangsa bagi Pembangunan Gunung Bersepadu (Icimod), perubahan kepada bongkahan, salji dan permafrost di rantau Hindu Kush Himalaya (HKH) sebahagian besarnya tidak lagi dapat diselamatkan.
Pakar memberi amaran andai kawasan bumi yang dilitupi salji dan ais mengalami pencairan atau pemanasan global, ia bakal memberi malapetaka kepada bumi kerana kadar air yang berlebihan.
“Glasier HKH adalah komponen utama sistem Bumi. Dengan 2 bilion orang di Asia bergantung kepada air yang ‘dipegang’ oleh bongkahan dan salji di sini, ia sememangnya akan memberi kesan.
“Kehilangan kriosfera akan menjadi sesuatu yang terlalu besar untuk direnungkan,” kata Izabella Koziell, timbalan ketua pengarah Icimod.
Perkara ini menjejaskan penduduk yang bergantung kepada air sungai yang mengalir dari pergunungan itu untuk sumber air tawar.
Kajian juga menyatakan andai pencairan menjadi lebih teruk, wilayah itu bakal diletakkan di bawah ancaman peningkatan banjir kilat dan runtuhan salji.
Banjir besar yang terjadi di Pakistan pada tahun lepas juga adalah disebabkan pencairan glasier HKH yang mengorbankan 1,700 orang.
Jadi mari kita sama-sama mengurangkan penggunaan aircond di rumah untuk sama sama kurangkan pemanasan global di bumi kita.