Pemancing terjumpa subang, gelang, loket emas dan empat gigi palsu tembaga secara tidak sengaja ketika sedang melepaskan mata kail di sungai berdekatan.
Pemancing bertuah itu adalah Abdul Rahman Bakar, 60, yang menjumpai artifak berupa barang kemas lama, duit syiling dan keris di Kampung Budu di Sungai Rengai di Lipis baru-baru ini.
Barang kemas itu dipercayai terbenam dalam lumpur sejak puluhan tahun di lokasi yang menjadi tempat ramai penduduk sekitar memancing kerana masih banyak ikan eksotik yang menjadi kegemaran orang ramai di situ.
Ketika mencari punca kail tersangkut di tanah berlumpur, saya terpegang objek keras yang dikenal pasti barang kemas dipercayai kepunyaan wanita Inggeris pada abad ke-18.
Menurutnya beberapa barang kemas itu sudah dijual kepada seorang peniaga di Lipis. Hanya tinggal sekeping loket yang agak istimewa sebagai koleksi keluarga
Abdul Rahman berkata, loket itu bertarikh 1934 memaparkan wajah Queen Victoria di muka depan manakala di muka belakang gambar burung kuang spesies merak.