Pemandu BMW rentung dalam kemalangan babitkan 4 kenderaan

Pemandu BMW rentung dalam kemalangan babitkan 4 kenderaan. Kejadian dikatakan berlaku berhampiran Jambatan Permas Jaya, Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL), arah Pasir Gudang Menghala ke Bakar Batu, awal pagi hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Jamal berkata, kemalangan membabitkan tiga kereta iaitu BMW, Perodua Myvi dan Honda City serta sebuah van pekerja kilang jenis Nissan lapor Harian Metro.

Mangsa yang juga pemandu BMW itu rentung sebanyak 90 peratus selepas tersepit di bahagian pemandu kenderaan tersebut.

“Bomba bertindak mengeluarkan mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Mohd Suhaimi berkata, pemandu Honda City dan Perodua Myvi masing-masing lelaki berusia 34 dan 52 tahun selamat.

“Seramai 13 anggota digerakkan ke lokasi dengan bantuan BBP Johor Jaya bagi usaha memadam kebakaran,” katanya.

Baca Juga: Pelancong maut, lima cedera parah gara-gara tayar bocor

Baca Juga: Misteri di terjawab, pengkaji ini nafi cahaya merah dari lava dalam perut bumi