Pemandu cedera kenderaan terjatuh ke landasan kereta api sedalam 9 meter

  • Post author:

Pemandu cedera kenderaan Proton Iriz terjatuh ke landasan kereta api sedalam sembilan meter di kawasan Wadi Hana, Johor Bahru kira-kira 2 pagi tadi. Mangsa dikatakan berjaya kelaur sendiri sebelum dibantu untuk naik semula ke atas.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Nazaruddin Ahmad Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.32 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian empat minit kemudian lapor Harian Metro.

“Seramai 11 anggota dengan sebuah jentera dan van EMRS serta satu Unit Bermotor Bomba (RIM) diarah ke lokasi kejadian dan kita mendapati seorang lelaki berusia 28 tahun cedera ringan.

“Kita turun bersama pasukan perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) memberikan rawatan kepada mangsa sebelum membawanya naik dengan menggunakan pengusung,” katanya.

Menurut beliau, kemalangan dipercayai berpunca apabila mangsa yang dalam perjalanan dari Lebuhraya Tebrau menghala ke pusat bandar terbabas sebelum kereta itu terjatuh ke landasan kereta api yang terletak sedalam lebih sembilan meter ke bawah (30 kaki).

Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak HSA untuk tindakan seterusnya. Operasi kemudian ditamatkan pada jam 3 pagi.

Baca Juga: Korban kelab malam haram terbakar di Thailand kini 15 orang, lima pegawai kanan polis dipindah segera

Baca Juga: Tak tahan bergelut dengan krisis ekonomi terburuk, ramai atlet ‘ghaib’ enggan pulang ke negara sendiri