Pemandu diserang sawan rempuh 9 buah kenderaan

Pemandu diserang sawan rempuh 9 buah kenderaan. Enam individu cedera selepas kenderaan dinaiki mereka di rempuh dalam nahas membabitkan 10 kenderaan.

Kejadian kira-kira pukul 9.15 malam di Jalan Tun Abdul Razak itu dikatakan berlaku selepas pemandu sebuah kereta jenis BMW 330E berusia 38 tahun diserang sawan ketika berhenti di lampu isyarat merah di Taman Chiptaco.

Memetik Astro Awani, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, kejadian itu turut mengakibatkan salah seorang mangsa patah tulang hidung.

“Semasa pemandu kenderaan BMW itu menunggu lampu isyarat, pemandu itu telah diserang sawan dan menyebabkannya merempuh sembilan buah kenderaan sehingga menyebabkan enam orang mangsa cedera ringan dan mendapat rawatan di Hospital Melaka.

“Sembilan kenderaan lain yang terlibat adalah dua buah Perodua Myvi dan masing-masing sebuah Honda Jazz, Perodua Kenari, Perodua Viva, Perodua Alza, Toyota Corolla Altis, Nissan Frontier dan Proton Persona,” katanya ketika dihubungi di sini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pemandu tersebut juga mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Pantai untuk rawatan lanjut.

“Kesemua mangsa menerima rawatan di Zon Hijau dan Zon Kuning Hospital Melaka dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Baca Juga: Buka pusat saringan palsu, remaja untung RM27 juta

Baca Juga: Cadangan bina terowong mega untuk selesai masalah banjir hanya omong kosong