Pemandu langgar palang tol disahkan meninggal

Pemandu langgar palang tol disahkan meninggal

Seorang lelaki maut setelah kereta dipandunya terbabas dan melanggar penghadang di Plaza Tol Setia Alam semalam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Azman Shari’at, dalam kejadian 3 petang itu, pemandu Honda City berusia 34 tahun berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari arah Setia Alam menuju ke Shah Alam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa hilang kawalan dan merempuh konkrit pembahagi laluan di lorong tol Smart-tag (M05).

“Akibat daripada perlanggaran itu, mangsa tersepit di bahagian pemandu sebelum dikeluarkan bomba,” Azman dilaporkan Harian Metro sebagai berkata.

Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, dan mayatnya dibawa ke Hospital Shah Alam bagi proses bedah siasat, kata Azman.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APK) 1987.

sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/09/pemandu-maut-setelah-kereta-terbabas-langgar-penghadang-plaza-tol/

COMMENTS