Pemandu teksi terkejut terima tips RM 5000, rupanya ini sebabnya

Seorang pemandu teksi ini tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas menerima tip sebanyak EUR1,000 (RM5,000) daripada seorang penumpang yang menaiki teksinya.

Pemandu teksi menceritakan bahawa tip tersebut diberikan selepas berjaya membawa penumpangnya

Dari Lapangan Terbang Don Mueang ke Lapangan Terbang Suvarnabumi dalam masa 30 minit supaya dia tidak terlepas penerbangannya.

Perkara tersebut sebenarnya ‘mustahil’ kerana perjalanan dari Don Mueang ke Suvarnabumi biasanya mengambil masa sekitar 45 minit tapi berjaya sampai dalam 30 minit*

Pemandu teksi telah memuat naik gambar dua keping duit kertas EURO bernilai EUR100 dengan kapsyen ‘pelanggan minta bakinya disimpan,’ merujuk kepada meter teksinya yang hanya menunjukkan THB677, iaitu sekitar RM90.

Dia sepatutnya menghantar penumpangnya ke Lapangan Terbang Don Mueang dari bandar, dan ketika tiba di lapangan terbang tersebut, penumpang menyedari dia telah tersalah destinasi dan meminta Pemandu teksi membawanya ke Suvarnabhumi.

“Kalau berjaya sampai tepat pada masa dan saya tak terlepas penerbangan, saya akan bayar lebih.”

Mengenai soalan netizen di ruang komen, Pemandu teksi menjelaskan dia tidak meminta sebarang bayaran tambahan; sebaliknya, penumpang itu sendiri yang menawarkan tip tersebut.

Dakwa Pemandu teksi, kemungkinan besar penumpang tersebut tidak mahu terlepas penerbangan disebabkan ada urusan yang perlu diselesaikan, selain daripada risiko kerugian yang mungkin lebih besar sekiranya terlepas penerbangan tersebut.

Tambah Pemandu teksi, pada mulanya dia agak berat hati untuk menerima bayaran tip, namun tindakan cepat penumpang yang keluar selepas membuat bayaran membuatnya tidak mempunyai pilihan selain menerima upah tersebut.

Baca juga: Nampak macam biasa tapi, hati-hati kalau tersentuh ulat ini boleh menyebabkan gatal-gatal