Pembaziran makanan hingga 200kg sehari, kerajaan saran penjual derma kepada golongan memerlukan

Kerajaan negeri meminta semua penganjur bazar Ramadan di negeri ini untuk membantu dalam proses menyelamatkan makanan yang tidak terjual agar tidak terbuang.

Makanan dan minuman yang dikumpulkan akan disumbangkan kepada masjid, surau, rumah anak yatim, dan rumah perlindungan yang benar-benar memerlukan.

EXCO Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan, dan Pengangkutan, J. Arul Kumar, menyatakan bahawa berdasarkan data dari kempen sebelumnya, terjadi peningkatan lebihan makanan setiap tahun.

Di Negeri Sembilan, beliau dengan jelas menyokong Program Mysavefood dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban (MBS), SWM Environment, dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melalui tujuh bazar Ramadan terpilih.

“Sebanyak 2.6 tan makanan dan 1.9 tan minuman dikumpulkan sepanjang pelaksanaan program seumpama ini pada 2023 dengan kerjasama sukarelawan NGO.

“Pada 2022, kami merekodkan 1.1 tan dan pada 2023 pula, ia meningkat kepada 4.5 tan. Ini ekoran peningkatan jumlah peniaga dan tapak bazar Ramadan baharu,” katanya pada sidang media, semalam.

Menurut beliau, hanya tujuh bazar Ramadan yang dipilih untuk melaksanakan program berkenaan selama 10 hari, namun dia menyeru supaya penganjur meneruskannya sehingga penghujung puasa.

“Saya menyeru kepada penganjur bazar lain supaya melaksanakan program ini di bazar masing-masing sehingga tamat Ramadan.

“Sebelum makanan menjadi lebihan yang tidak boleh dimakan, elemen 3R (reduse, reuse dan recycle) perlu dijadikan rutin seharian bagi mengurangkan janaan sisa makanan,” katanya.

Baca juga: “Ingatkan belikan gelang emas untuk bini dia jadi macam dulu, rupanya makin menjadi”