Pembeli tertipu beli roti john hangit siap bungkus

Pembeli tertipu beli roti john hangit siap bungkus. Pengguna Facebook itu meluahkan rasa kecewa di hantaran facebook miliknya.

Seharunya peniaga di bazar mementingkan kualiti makanan yang dijual apatah lagi di bulan mulia ini. Namun masih terdapat ramai yang ambil sikap tidak endah asalkan makanan terjual.

Terbaharu, seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Bachik Sofian, dia menunjukkan rupa roti john hangit yang dibelinya di bazar Ramadan semalam sehingga mengecewakannya.

Menurutnya, roti john tersebut telah siap dibungkus oleh peniaga dan terus diserahkan kepadanya.

Alangkah terkejutnya pengguna tersebut, apabila melihatkan hasilnya sebegitu rupa ketika ingin menikmatinya sewaktu berbuka puasa.

Sehubungan itu, Bachik turut berpesan kepada orang ramai agar berhati-hati ketika membeli makanan di bazar Ramadan terutamanya yang telah siap dibungkus.

“Beringatlah kalau nak beli roti joh yang dah siap dibungkus,” pesannya.

“Alahai, roti john hangit dijualnya, tak akan peniaga tak perasan roti dah rupa macam itu, sampai hati jual pada pelanggan yang puasa dan teringin nak makan, ini pasti rasa pun agak pahit kalau hitam macam itu,” kata Mad Din.

“Ini la contoh peniaga tak jujur, selalu ada sahaja kes peniaga jual makanan basi, rosak dan macam-macam lagi, meniaga la dengan hati ikhlas, bukan untung semata-mata,” luah Halim.

Selain itu, seorang pengguna, Norlie Shazwani sempat berseloroh mengatakan roti john tersebut mempunyai perisa tambahan kerana rupa rotinya yang kehitaman.

“Roti john berperisa coklat mungkin,” ujarnya.

Baca Juga: Fazura latih anak bangun sahur dari kecil

Baca Juga: Sultan Selangor titah menteri Agama dan timbalannya tidak boleh campuri urusan jawatankuasa muzakarah