Cadangan lahir dari sebuah masalah yang berpanjangan. Ada dua masalah besar, golongan B40 dan M40 yang tiada rumah dan ada lebihan hartanah yang makin banyak kini berjumlah 29,565 hartanah siap tak terjual.
2. Maka semalam BMF dibawah Berjaya Group melahirkan cadangan agar tempoh pembiayaan dilanjutkan menjadi 60 tahun. Dulu 30 menjadi 35 kemudiannya 40 dan kini 60 tahun.
“Wah bagus nie!”
3. Cadangan ini hanya menyelesaikan masalah kemampuan bayaran bulanan kediaman sahaja. Jika sebelum ini kena bayar kediaman sebanyak RM1155 kepada RM899 sahaja. Jimat RM266 sebulan selama 60 tahun! .
4. Cadangan ini datangnya dari pemaju hartanah terkenal juga bukannya idea dari menteri yang jiwanya ingin santuni rakyat. Maka kemenangan akan berpihak pada pemaju akhirnya.
“Kenapa menang pula, bagus la harga dah turun?”
5. Yang turun hanya bayaran bulanan tetapi harga kediaman tetap tak turun abang sayang. Bayangkan kediaman 900 sf nak ada sampai 5 bilik, besar mana setiap bilik?
6. Cadangan ini hanya akan kayakan pemaju dan bank sahaja dan selesaikan masalah lambakan hartanah yang masih lagi banyak tak terjual.
Semua pemaju sedang berhutang dengan bank untuk bina rumah ini, maka nak selesaikan masalah ini. Kita kudakan B40 dan M40 untuk wariskan hutang hingga 60 tahun nanti.
“Kita lepak minum kopi dan bercuti, mereka tiap bulan pergi bank bayar hutang rumah sampai 60 tahun” bijak bukan!
7. Masalah rumah tak laku ini bertitik tolak dari harga mahal dan tidak selari dengan kenaikkan gaji penduduk. Gaji hanya naik 2%-4% dalam tempoh 16 tahun sedangkan hartanah naik antara 6%- 8.7% setiap tahun.
Jurang ini makin besar.
8. Apa kata kita tukar sikit kaedah penyelesain dengan turunkan harga kediaman?
“Mana boleh rugilah pemaju bang?”
Rumah rumah PRIMA telah turun harga dari ada yang RM280,000 ada yang dijual RM180,000 sahaja. Tiada masalah saya kira.
9. Selagi kerajaan tidak main peranan mengawal pembinaan kediaman dan membina rumah buat rakyat seperti di Singapore. Maka kita hanya akan ulang spekulasi harga ini sampai Abang Jamil mampus.
10. Polisi perumahan Singapura ini adalah berteraskan aspek berikut :
+ Perumahan sebagai asas kestabilan masyarakat
+ Mampu milik kepada semua penduduk
+ Sekuriti kewangan dan kecukupan ketika pencen
+Mencapai aspirasi : kualiti dan kepelbagaian
+ Memupuk sifat kekeluargaan yang kuat dan integrasi social
11. Jika belum mampu beli kediaman, tangguhkan pembelian dulu jangan terburu. Buang pemikiran rumah subsale dan lelong buruk. Banyak kediaman dari pasaran ini bagus.
12. Jangan teruja beli rumah yang dapat cashback, ia juga perangkap hutang yang berpanjangan buat anda. Rumah mahal sebab polisi cashback tanpa modal ini. Jangan teruja beli rumah tanpa modal juga
13. Kerajaan perlu beri pendidikan berpanjangan buat masyarakat faham bab pengurusan kewangan.
Jika tidak kita adalah sistem penghambaan baru. Menjadi hamba bank membayar hutang selama 60 tahun. Bayar hutang kereta 9 tahun pun benci apatah lagi 60 tahun nanti.
14. Jangan beli asal ada kediaman saja tanpa fikirkan bebanan hutang. Kita akan jadi hamba bank selama 60 tahun kedepan. Dan kita nak wariskan kemiskinan ini pada anak cucu kita selamanya.
Saya akhiri dengan ungkapan mendiang Lee Kuan Yew yang kita harus belajar.
“Perasaan memiliki rumah asas penting dalam sebuah masyarakat”.
Siapa untung akhirnya?
Azizul Azli Ahmad
Sumber: