Pemilik restoran nafi ketam seberat 800g jadi 350g kerana proses memasak-Wanita ini bukannya ditipu

Pemilik restoran nafi ketam seberat 800g kemudian menjadi 350g kerana ia melalui proses memasak menyebabkan kandungan isi ketam berkurangan.

Sekaligus menafikan tuduhan pelanggan dan mengatakan bahawa mereka tersilap tentang berat ketam itu.

Kejadian itu berlaku di Restoran seafood Mellben Signature di mana seorang wanita menyedari pelanggan di meja sebelah juga membuat pesanan sama dan merasakan ketam tersebut lebih besar berbanding miliknya.

Dia kemudiannya berkongsi gambar ketam di atas penimbang dan bertanya mengapa ia ‘menyusut’ kepada 350g selepas dimasak dalam claypot.

“Saya tidak mahu mempersoal integriti restoran, tetapi saya tidak dapat memahami mengapa saya dikenakan bayaran untuk ketam 800g walaupun beratnya kurang daripada itu selepas (claws) penyepit dan organ dalaman dikeluarkan,” katanya.

Restoran itu juga menjelaskan bahawa wanita itu mendapat ketam jantan manakala pelanggan di meja sebelah pula memesan ketam betina dengan telur, itulah sebabnya saiz berbeza.

Untuk info, menurut syarikat penghantaran ketam 8 Crabs, ketam kebiasaannya akan kehilangan 25% daripada beratnya selepas penyediaan yang melibatkan mencuci dan membuang isi perut.

Selain itu, berat ketam juga akan berkurang lagi 10% semasa proses memasak. Ketam juga boleh kelihatan lebih besar disebabkan penyepit kecil atau kepala yang besar, lapor The New Paper.

Baca juga: Pelik! Kak KM diberi minum 3 kali sedangkan penerbangan 2 jam saja-Wang tunai RM10k lesap atas kapal terbang