Jika anda sering makan di gerai-gerai, pasti anda sudah terbiasa melihat peminta sedekah atau penjual tisu datang dan meminta sumbangan. Ada yang memberi sumbangan, ada juga yang hanya tunduk sebagai tanda hormat.
Baru-baru ini, seorang wanita di Indonesia berhadapan situasi yang sama apabila dia didatangi oleh seorang peminta sedekah ketika sedang makan di sebuah warung.
Mungkin tidak mahu diganggu ketika makan, wanita tersebut hanya menundukkan kepada sebagai tanda hormat dan memberi isyarat tangan agar tidak diganggu lagi oleh peminta sedekah tersebut.
Mungkin berang tidak diberikan wang, peminta sedekah tersebut berkata sesuatu seorang diri lalu mengetuk kepada wanita yang sedang makan tersebut. Jelas kelihatan wanita itu bingung dan tertanya-tanya apa yang telah terjadi. Peminta sedekah tersebut lalu pergi seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Melihatkan situasi tersebut, beberapa pelanggan lain turut terkejut lalu ketawa selepas kepala wanita itu diketuk oleh peminta sedekah. Bagaimanapun, rata-rata warganet mempersoalkan pelanggan lain yang hanya ketawa dan tidak menegur perbuatan biadap peminta sedekah tersebut.
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang kurang senang dengan tindakan peminta sedekah yang seolah-olah mewajibkan orang lain agar menghulurkan wang kepada dirinya.
Miskin harta, miskin akhlak,” tulis seorang warganet.
Seram jugak kalau tiba-tiba je kepala kena ketuk walaupun kita tak buat apa-apa salah pun.
Baca juga: “Suami selalu kantoi layan callgirl dengan kawan, passport penuh cop siam tapi aku setia sebab takut hutang makin..”