Pemuda gempal nekad cipta burger diet, turun 39kg selepas jual produk sendiri

Sebut tentang diet, pasti di dalam fikiran kita prosesnya yang amat sukar. Ia perlulah seiring antara menjaga makan dan juga bersenam.

Mana mungkin nak cheat day hari hari sebab kalori yang dimakan akan menyebabkan badan lebih gemuk jadi yang bekerja perlulah membawa bekal dari rumah untuk mengelakkan salah pilihan makanan.

Jangan risau jika anda tidak sempat untuk menyediakan bekal kerana Sloopyan ada mencipta sosej buatan sendiri untuk yang sedang berdiet.

Tagline mereka, ‘come hungry leave happy’ juga menyediakan sos buatan sendiri dan daging yang lembut disertakan dengan keju.

Untuk info, pengasasnya Sofyan Darmadi Badarudin berjaya menurukan berat badan dari 113kg ke 74kg dengan inovasi sosej buatannya sendiri.

“Idea bermula ketika saya dalam proses diet untuk turunkan berat badan dulu. Masa tu asyik mencari menu-menu sihat tanpa karbohidrat… jadi saya buat sosej tanpa bahan-bahan pengawet dan lain-lain.

“Seni buatan sosej menggunakan teknik ‘bretwurst’ yang berasal dari Jerman,” ujar anak muda berusia 37 tahun itu kepada mStar.

Sosej yang dihasilkan menggunakan 100% daging dan juga pelbagai rempah.

Makanannya juga tidak dicampurkan dengan bahan perasa tambahan seperti MSG dan pembalutnya juga dari bahan asas tumbuhan.

Tambah Sofyan Darmadi, perniagaan yang dimulakan pada 2022 itu pernah berdepan dengan pelbagai kesukaran.

Namun beliau menjadikan itu semua sebagai pengalaman paling berharga dalam diri dan hikmah untuk lebih maju jaya.

Baca juga: Diekori dari tahun 2016, wanita ini rayu bantuan netizen untuk cari keluarga lelaki psycho