Seorang konduktor bas telah pitam selepas tercium bau buah durian yang dibawa oleh seorang penumpang.
Insiden itu turut menyebabkan kenderaan pengangkutan awam mengalami kelewatan disebabkan konduktor bas yang tiba-tiba pitam.
Kussama Srisong menerusi hantaran di laman Facebook pada 8 September lalu berkata, dia sukar bernafas dan pengsan selepas menghidu aroma raja buah itu.
Dia juga mengakui bahawa dia juga seorang yang alah kepada durian.
Kata Kussama lagi, dia menegur penumpang tersebut yang membawa raja buah tersebut ke dalam bas walaupun durian dilarang di dalam pengangkutan awam di Thailand.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan, Kussama kelihatan terbaring di atas tempat duduk bas dengan bantuan dua individu.
“Apabila anda membawa durian ke dalam bas, bukan sahaja anda tidak boleh meneruskan perjalanan, orang lain juga terpaksa pulang lewat ke rumah disebabkan anda,” katanya pada hantaran tersebut.