Sejak semalam tular satu video memaparkan keadaan sesak sehingga berlaku pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam kalangan pembeli di pasaraya Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.
Difahamkan, pasaraya berkenaan baharu saja dibuka semalam dan mereka membuat promosi barangan mentah dengan harga yang rendah.
Menerusi video yang tular itu, orang ramai dilihat berebut-rebut dan berhimpit gara-gara berebut untuk mendapatkan ikan mabong yang dijual pada harga RM0.10 seekor.
Di ruangan komen, ramai netizen melahirkan rasa sedih dan kesal melihat kegagalan pihak pengurusan pasar raya tersebut dalam menjalankan promosi kepada masyarakat pengguna.
@abohmung24 Jangan sampai macam ni weii.. Xde sop. Beratur. ingat orang belakang juga.. emmm#abohmung #beranda #buatbaik #suamiidaman
Apa salahnya Mydin bungkuskan siap-siap
Memang banyak kecaman yang dilemparkan orang ramai terhadap situasi yang berlaku semalam. Angka kes Covid-19 pun sedang naik mendadak, harap-harap orang ramai bolehlah patuhi SOP selepas ini.