Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah kini menjadi sasaran netizen kerana menampilkan Inspektor Sheila di ruang instagramnya.
Shahirah atau Shiera, 47 mengakui bengang kerana dituduh sengaja menjemput individu berkenaan untuk menaikkan rating stesen radio tersebut.
“Suria FM tidak temu bual dia (Sheila). Anda semua telah fitnah kononnya kami nak naikkan rating. Dia datang sebab nak melawat dan melihat cara penyampai radio bertugas.
“Saya muat naik di laman sosial saya, bukan akaun milik Suria FM,” katanya.
Sebelum itu Shiera ada memuat naik kehadiran Inspektor Sheila ke konti berkenaan dengan memakai skirt pendek bersama seorang lagi penyampai radio, Tyzo.
Namun Shiera telah memadam video tersebut dari ruangan instagramnya.
Dia juga akan mengambil tindakan tegas kepada individu yang mengeluarkan kata-kata fitnah berhubung rakaman itu.
“Ada yang menulis kata-kata kesat dan saya terpaksa padam. Tapi sebelum itu saya sudah screen shot dan akan ambil tindakan. Geram hati saya.
“Sebagai manusia kalau dia datang ke tempat kita walaupun pakai skirt pendek atau dia pernah buat silap, saya terima. Mungkin dia akan berubah,” jelasnya.
Dalam nada berguaru juga Shiera menyatakan akan dibuang kerja kerana perkongsian tersebut.
“Saya pula yang kena gantung kerja. Atau mungkin lepas ini berhenti jadi penyampai,” jelasnya.
Baca juga: AMK Selangor buat laporan polis terhadap Sanusi kerana hina Sultan