Penangan Jung-kook BTS, keranda pun boleh laris macam “pisang panas”

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan BTS dari Korea ini? Dari murid sekolah rendah hingga warga tua pasti pernah mendengar tentang kumpulan ini bukan?

Pengaruh BTS ini cukup kuat hingga satu ketika dulu ketika restoran pandu lalu Mc Donalds mengeluarkan BTS Meal ia menjadi fenomena hingga laris terjual.

Terbaharu, ahli kumpulan BTS Jung-kook telah merasmikan lagu barunya yang bertajuk ‘Seven’ dan ia juga trending di TikTok.

Bagi yang telah melihat music video itu, pasti anda perasan prop yang digunakan.

Untuk pengetahuan anda, prop yang digunakan oleh pujaan ramai ini telah habis dibeli di kedai-kedai keranda dan tidak mempunyai stok buat masa kini.

Ia mengejutkan kerana satu keranda itu berharga 5 juta won (~RM17,538) dan bagaimana pengaruh Jung-kook membuatkan peminatnya mahu membeli keranda seperti beliau.

Baca juga: Hanya datang dengan tujuh ahli keluarga, wanita ini tersilap tempah seluruh hotel ketika bercuti di Bali